Resipi Petola Tumis Air, Lauk Kampung Ini Buat Orang Rindu Air Tangan Mak
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Walaupun nak masak cepat, kenalah sedap dan berkhasiat juga. Jika begitu, resipi Petola Tumis Air memang sesuai sebagai penyelamat dan pilihan tepat untuk anda cuba di rumah.
Nampak biasa saja, tapi apabila makan petola lembut bersama kuah tumis yang umami daripada ikan bilis dan ditambah dengan nasi panas, memang cukup menyelerakan.
Resipi Petola Tumis Air ini dikongsikan oleh Sis Auni di Facebook yang cara memasaknya sangat ringkas dan kena dengan selera. Jom kita cuba!
Baca juga: Sayur Panjang Tak Muat Dalam Bekas, Guna Tips Simpan Ini Supaya Tahan Lama!
RESIPI PETOLA TUMIS AIR
Bahan-bahan:
- Petola (ambil saiz besar dan buang hujung sebab kadangkala pahit)
- Suhun, fucuk dan cendawan (pilihan)
- 3 hingga 4 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- 1 kiub pati ikan bilis
- Sedikit serbuk cukup rasa (pilihan)
- 1 biji cili besar merah (hiasan)
- Air secukupnya
- Minyak masak (sikit saja untuk menumis)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rendam suhun, fucuk dan fungus dalam air panas hingga kembang. Toskan dan ketepikan.
2. Tumbuk kasar bawang putih bersama ikan bilis. Tak perlu lumat, cukup sekadar hancur sikit.
3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau dan berwarna keemasan.
4. Tuangkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang anda suka.
5. Masukkan kiub ikan bilis dan cukup rasa. Gaul rata dan biarkan mendidih sekejap.
6. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang direndam tadi iaitu suhun, fucuk dan cendawan. Masak dalam 1 hingga 2 minit.
7. Akhir sekali, masukkan petola dan cili merah. Masak sekejap saja sebab petola cepat lembik. Siap untuk dihidang!
Jika nak pedas sikit, tumbuk sekali 3 hingga 4 biji cili api bersama bahan tumbuk awal-awal tadi dalam resipi Petola Tumis Air ini. Jika nak versi anak-anak makan, cukup dengan rasa asli tanpa pedas pun sudah sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Sis Auni
Baca juga: Petola Goreng Kunyit, Sayur Ringkas Buat Hidangan Lebih Sempurna
The post Resipi Petola Tumis Air, Lauk Kampung Ini Buat Orang Rindu Air Tangan Mak appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan