Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Sampai Licin Semangkuk
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Musim durian memang saat paling dinantikan oleh penggemarnya. Selain dimakan begitu saja, isi durian boleh dijadikan pelbagai pencuci mulut seperti Pengat Bebola Durian.
Pengat Bebola Durian merupakan gabungan doh bebola pulut berinti isi durian yang direbus dan dihidang bersama kuah santan manis beraroma pandan.
Resipi Pengat Bebola Durian yang dikongsikan oleh Azlida Harun di Facebook ini bukan saja sedap, malah cukup mudah disediakan di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!
RESIPI PENGAT BEBOLA DURIAN
Bahan untuk bebola durian:
- Isi durian
- Tepung pulut
Bahan untuk kuah pengat:
- Santan pekat
- Gula melaka
- Secubit garam
- Daun pandan
Cara-cara membuat bebola durian:
1. Ambil isi durian yang telah dibuang bijinya, kemudian lenyekkan menggunakan sudu atau tangan bersih.
2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit ke dalam isi durian yang telah dilenyek. Gaulkan sampai jadi doh yang tak melekat pada tangan. Jangan tambah air.
3. Apabila doh sudah siap, gentelkan jadi bebola kecil mengikut saiz yang diinginkan.
4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola durian tadi. Rebus sampai bebola timbul ke permukaan air (tanda sudah masak). Angkat dan toskan.
Cara-cara membuat kuah pengat:
1. Masukkan santan ke dalam periuk, nyalakan api sederhana.
2. Masukkan gula melaka (boleh dipotong kecil agar cepat larut), secubit garam dan sehelai daun pandan yang disimpul.
3. Kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah.
4. Sesuaikan rasa manis dan lemak kuah mengikut citarasa anda.
5. Apabila kuah sudah menggelegak dan cukup pekat, tutupkan api.
Setelah siap, anda boleh letakkan bebola durian dalam mangkuk dan curahkan kuah pengat panas di atasnya. Jika nak lebih sedap dan segar, boleh biarkan dulu dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Azlida Harun
Baca juga: Resepi Pulut Durian Rasa Kampung, Makan Dengan Kuah Santan Terasa Nikmatnya
The post Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Sampai Licin Semangkuk appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan