https://ift.tt/ZEIfWAP Siapa sangka lauk yang nampak biasa-biasa ini rupanya mampu buat satu rumah bertambah nasi. Ayam Goreng Madu ini bukan saja sedap, tapi sangat mudah disediakan. Resepi Ayam Goreng Madu ini dipelajari oleh Nurhayati Abd Malek daripada kakaknya. Paling istimewa, ada petua daripada ibunya untuk elakkan ayam bau hanyir dan buatkan masakan tahan lebih lama. Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Sampai Ke Tulang, Ratah Sampai Tak Berhenti! RESIPI AYAM GORENG MADU Bahan-bahan (anggaran untuk 3 hingga 4 orang makan): 500gram kepak ayam (boleh guna bahagian lain juga) 3 sudu besar butter 2 sudu besar minyak masak 3 senduk cili kisar 1 labu bawang besar (dihiris halus) 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar atau potong dadu) 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos cili Thai 5 sudu besar madu Cara-cara memasak ayam goreng madu: 1. Panaskan kuali, masukkan butter dan minyak masak. Biarkan butter cair sepenuhnya. 2. Masukkan bawang...
Resipi Kuih Lapis Pelangi Guna Acuan Puteri Ayu, Lembut & Comel Sangat Hasilnya!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/nySHWxr
Kalau anda sedang mencari resepi kuih yang mudah, cantik dan sesuai untuk semua majlis, cubalah kuih lapis pelangi versi mini ini. Ia menggunakan acuan puteri ayu yang biasa kita guna untuk kuih tradisional.
Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang atau dibawa ke majlis keraian. Bila disusun atas pinggan, hasilnya memang comel dan mencuri perhatian. Jom cuba buat!
Baca juga: Resipi Kuih Keria Keledek Ungu Yang Elok Bersira, Makan Sebiji Memang Tak Puas!
RESEPI KUIH LAPIS PELANGI GUNA ACUAN PUTERI AYU
Bahan A:
- 160g gula pasir
- 250g santan segar
- 2 cawan air
- ½ sudu teh garam
Bahan B:
- 155g tepung beras
- 65g tepung gandum
- 20g tepung ubi
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan A. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
- Kacau selalu dan pastikan tidak sampai pecah minyak. Bila sudah mendidih, tutup api dan biarkan suam.
- Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi.
- Tuangkan adunan santan (bahan A) yang telah suam ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit.
- Kacau rata hingga sebati dan tidak berketul. Tapis adunan supaya lebih halus.
- Timbang adunan, cukupkan kepada 1 liter (atau 1130g). Jika tidak cukup, boleh tambah sedikit air biasa.
- Sapu acuan puteri ayu dengan sedikit minyak. Tuang adunan lapisan pertama (ikut warna pilihan). Kukus selama 2-3 minit.
- Ulang proses untuk lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, kukus lebih kurang 10 minit.
- Buka sedikit penutup pengukus agar wap keluar dan permukaan tidak lembik.
- Kalau guna loyang biasa,sapu loyang dengan minyak dan panaskan dahulu dalam pengukus.
- Tuang lapisan pertama, kukus selama 4 minit.
- Ulang hingga semua lapisan siap. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15 minit.
Sumber: Nadia Sukiman
Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!
The post Resipi Kuih Lapis Pelangi Guna Acuan Puteri Ayu, Lembut & Comel Sangat Hasilnya! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Ulasan
Catat Ulasan