Resepi Kari Ayam Mamak Tanpa Santan, Ada Cara Tumis Bagi Rasa Lebih Padu!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ramai suka kari mamak kerana rasanya yang pekat, berempah dan wangi semerbak. Walaupun tiada santan, anda masih boleh buat lauk sedap dengan resepi Kari Ayam Mamak ini.
Rahsia keenakan dalam resepi Kari Ayam Mamak ini terletak pada gabungan rempah ratus, teknik menumis dan bahan segar yang digunakan dengan betul.
Jika anda peminat kari mamak, boleh ikut resepi Kari Ayam Mamak yang dikongsikan oleh Gerrardo de Guruny di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: 6 Tips Masak Kari Supaya Kuah Cantik Berkilat, Rasa Pun Lebih Terangkat!
RESEPI KARI AYAM MAMAK
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong 16 bahagian)
- 220g rempah kari ayam atau daging
- 1kg bawang besar
- Daun kari
- 8 ulas bawang putih
- 1 ketul halia sebesar penumbuk
- Sos tiram secukupnya
- Serbuk kunyit
- Bahan tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
- Serbuk garam masala
- Garam secukup rasa
- Asam keping
- Serbuk perasa Hilal (pengganti MSG, pilihan)
- Serbuk cili atau cili kisar (ikut tahap kepedasan)
Cara-cara memasak:
1. Campurkan hirisan bawang putih, bawang merah dan halia bersama daun kari dan bahan 4 sekawan. Rendam sebentar dalam air supaya tak meletup semasa menumis dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan tadi sampai kekuningan. Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dikisar halus. Tumis sampai pecah minyak.
3. Tambahkan serbuk cili, kemudian masukkan rempah kari secara kering (tanpa air) dan masak dengan api perlahan sampai naik bau.
4. Setelah rempah masak, tambah sedikit air. Masukkan ayam, sos tiram, serbuk kunyit dan garam masala (2 sudu besar untuk 1 ekor ayam). Kacau rata.
5. Akhir sekali, masukkan garam, asam keping dan serbuk perasa Hilal. Jika suka, boleh tambah ubi kentang. Masak dengan api sederhana sampai ayam empuk dan kuah pecah minyak.
Selamat mencuba!
Sumber: Gerrardo de Guruny
Baca juga: Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar
The post Resepi Kari Ayam Mamak Tanpa Santan, Ada Cara Tumis Bagi Rasa Lebih Padu! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan