Cara Simpan Serbuk Minuman Dengan Betul, Elak Masuk Angin & Jadi Berketul
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Serbuk minuman seperti coklat, kopi, teh tarik segera, matcha, koko dan pelbagai minuman segera lain memang wajib ada di rumah. Tapi satu masalah yang biasa berlaku iaitu serbuk cepat masuk angin, berketul dan rasanya jadi kurang sedap.
Kalau anda nak elakkan pembaziran, jom ikut beberapa cara simpan serbuk minuman supaya tahan lebih lama dan kekal sedap walaupun dah buka lama!
Baca juga: Cara Simpan Kicap & Sos Dalam Botol Supaya Penutup Tak Berkulat, Elak Melekit & Tahan Lebih Lama!
CARA SIMPAN SERBUK MINUMAN TAK MASUK ANGIN
1. Guna Bekas Kedap Udara
Selepas buka bungkusan asal, segera pindahkan serbuk minuman ke dalam bekas kedap udara. Pilih bekas yang berkualiti dan bertutup rapat supaya udara lembap tak masuk.
Guna bekas jenis kaca atau plastik berkualiti yang bertutup rapat. Elakkan membiarkan serbuk dalam bungkusan asal yang hanya diikat longgar.
2. Jauhkan Dari Cahaya Dan Haba
Simpan bekas serbuk di tempat yang sejuk, kering dan tidak terdedah kepada cahaya matahari atau haba. Haba boleh menyebabkan serbuk minuman rosak lebih cepat.
Letakkan dalam kabinet dapur tertutup atau rak yang tidak berhampiran dengan dapur memasak dan cerek air panas.
3. Guna Sudu Kering Setiap Kali Ceduk
Setiap kali nak guna, pastikan anda guna sudu yang benar-benar kering. Jangan sesekali ambil serbuk guna sudu basah atau yang masih ada kesan air kerana ia boleh menyebabkan serbuk menggumpal dan masuk angin.
Sediakan satu sudu khas yang sentiasa bersih dan kering dalam bekas serbuk tersebut.
4. Bahagikan Kepada Bekas Kecil
Kalau beli dalam kuantiti besar, bahagikan serbuk minuman ke dalam beberapa bekas kecil. Guna satu bekas dahulu dan simpan selebihnya di tempat yang kering dan tertutup.
Ini boleh mengurangkan pendedahan serbuk kepada udara setiap kali anda membukanya.
5. Guna Silica Gel (Jika Beli Borong)
Jika anda beli serbuk minuman secara borong, boleh masukkan silica gel food grade ke dalam bekas untuk serap kelembapan. Letakkan silica gel dalam bungkusan kecil atau bekas berasingan supaya tidak bercampur dengan serbuk.
6. Label Tarikh Buka
Jangan lupa tulis tarikh bila serbuk dibuka pada bekas simpanan. Ini membantu anda memantau kesegaran serbuk dan elakkan dari guna yang sudah terlalu lama tersimpan.
Baca juga: 3 Barang Dapur Yang Boleh Jadi Pewangi Peti Sejuk, Hilang Semua Bau Busuk!
The post Cara Simpan Serbuk Minuman Dengan Betul, Elak Masuk Angin & Jadi Berketul appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan