Cara Pilih Petai Yang Tak Busuk & Segar, Guna Tip Ini Semasa Membeli!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Petai memang jadi kegemaran ramai, terutamanya dalam sambal, tumisan atau dimakan sebagai ulam. Tapi kalau salah pilih, petai boleh jadi busuk, terlalu tua atau bijinya keras dan kehitaman. Jadi penting untuk tahu cara pilih petai yang masih elok, segar dan cantik.
Di bawah ini ialah beberapa tip mudah yang boleh dijadikan panduan semasa membeli petai sama ada yang masih dalam kulit, sudah dikopek atau dalam bentuk ikat papan.
Baca juga: Cara Pilih Buah Ciku Yang Betul-Betul Manis, Baru Tak Kelat & Berbiji Keras!
CARA PILIH PETAI YANG SEGAR
1. Pilih petai yang berwarna hijau segar
Petai yang elok biasanya berwarna hijau terang. Elakkan beli petai yang kulitnya kelihatan pudar, kekuningan atau ada tompok-tompok gelap kerana itu tanda ia sudah tidak segar.
2. Periksa keadaan kulit luar
Jika beli petai dalam kulit (papan), tekan sedikit pada bahagian luar. Pastikan kulitnya masih tegang dan tidak lembik. Kulit yang kecut atau lembik menunjukkan isi di dalam mungkin sudah lembik atau tidak elok.
3. Goncang papan petai
Cuba goncang sedikit papan petai dan dengar jika ada bunyi biji bergoyang. Jika terasa padat dan ada bunyi ringan, itu petanda isi dalamnya masih utuh. Jika tiada rasa atau bunyi, mungkin isinya sudah kecut.
4. Elakkan petai yang terlalu besar
Petai yang terlalu besar biasanya lebih pahit, keras dan baunya lebih kuat. Saiz sederhana lebih sedap dimakan, teksturnya lembut dan baunya tidak terlalu menyengat.
5. Periksa warna dan bau jika beli yang sudah dikopek
Untuk petai yang dijual siap dikopek, pastikan warnanya masih hijau segar. Elakkan petai yang sudah kehitaman, berlendir atau bijinya kelihatan layu. Pastikan juga baunya tidak busuk atau masam.
6. Lihat bentuk dan keadaan biji
Biji petai yang baik berbentuk bulat leper, tidak retak dan tiada kesan hitam. Jika ada biji yang pecah, merekah atau sudah bertukar warna, ia mungkin sudah rosak atau lama disimpan.
7. Beli dari penjual yang kerap tukar stok
Pilih untuk beli petai dari penjual yang ramai pelanggan dan kelihatan kerap ‘restock’. Petai yang cepat habis dijual biasanya lebih segar dan baharu.
Sumber: IDN TIMES
Baca juga: Lelaki Kongsi Rahsia Ibu Pilih Ayam Segar, Jangan Main Ambil Saja!
The post Cara Pilih Petai Yang Tak Busuk & Segar, Guna Tip Ini Semasa Membeli! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan