Resipi Spicy Buttermilk Clam Yang Pekat, Pedas & Berlemak, Rupanya Mudah Saja Nak Masak!

Imej
https://ift.tt/gwVH8UN Kalau nak mencuba kenainan untuk makan tengah hari, jom cuba resepi spicy buttermilk clam yang ringkas dan tidak rumit untuk disediakan ini. Bahan-bahan yang digunakan juga selalunya ada di rumah. Namun jika tiada, ia boleh didapati dengan senang di mana-mana pasar raya. Jom cuba! Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Sedap & Lazat, Tak Sangka Semudah Ini Cara Masak! RESEPI SPICY BUTTERMILK CLAM Bahan-bahan: Kupang atau lala (dibersihkan) 2 sudu besar mentega (butter) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 1 biji bawang holland (dihiris nipis) 1 sudu teh serbuk paprika 1 sudu teh chilli flakes (ikut tahap pedas yang diingini) 1 tangkai daun kari 1/2 cawan krim masakan (cooking cream) atau krim penuh (full cream milk) 1/4 cawan stok ayam (chicken stock) Cara memasak: Panaskan mentega dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih, bawang holland dan daun kari hingga wangi dan bawang menjadi layu. Masukkan serbuk paprika dan chilli flak...

Cara Buat Donut Pintal Lembut, Hasil Cantik & Naik Gebu Elok Lepas Goreng!

https://ift.tt/fa6kxcV

cara buat donut pintal

Kalau dah bosan dengan donut bulat, apa kata cuba pula cara buat donut pintal ini pula. Anak-anak pun mesti suka tengok bentuknya yang lain daripada biasa.

Resipinya tak susah pun, guna bahan asas sama macam buat donut biasa. Tapi bentuknya yang dipintal itu memang buatkan nampak lebih istimewa. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!

CARA BUAT DONUT PINTAL

cara buat donut pintal

Bahan-bahan A:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

Bahan-bahan B:

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau sebati. Ketepikan dan biarkan sampai berbuih.
  2. Gaulkan semua bahan B hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Kemudian tuang sedikit demi sedikit bahan A ke dalamnya hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Uli sampai doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
  5. Perap doh selama 1 jam.
  6. Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  7. Timbang doh lebih kurang 30 gram setiap satu dan bulatkan hingga licin. Kalau tak nak timbang, boleh agak-agak saiz sendiri.
  8. Biarkan doh bulat rehat selama 10 minit.
  9. Kemudian, gelek dan pintal doh seperti bentuk donut pintal.
  10. Bila dah siap bentuk pintal, perap sekali lagi selama lebih kurang 20 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  11. Akhir sekali, boleh terus goreng hingga keemasan.

Sumber: Noor Suhaida

Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Tak Perap Doh Pun Tetap Naik Elok!

The post Cara Buat Donut Pintal Lembut, Hasil Cantik & Naik Gebu Elok Lepas Goreng! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan