Resepi Laksa Siam Versi Kuah Pekat, Rasa Segar Berlemak Yang Luar Biasa!

Imej
https://ift.tt/PcxASsY Buat anda yang sukakan laksa, resepi Laksa Siam ini memang patut cuba di rumah. Kuahnya bukan saja pekat, malah cukup rasa dan sedap dimakan dengan pelbagai ulam segar. Nak buat kuah jadi cantik dan melekat elok pada laksa, boleh amalkan sukatan yang dikongsikan oleh Ben Safwan di Facebook ini: 1kg ikan = 3 liter cecair (air + santan) Selain itu, beliau kongsikan resepi Laksa Siam yang kelihatan sungguh menyelerakan. Senang cerita, satu suapan saja cukup membuatkan anda sekeluarga berselera makan di rumah. Baca juga: Cara Buat Laksa Sarawak Pekat, Wangi & Berlemak, Confirm Hirup Sampai Licin! RESEPI LAKSA SIAM Bahan-bahan: Laksa beras (jenama Nayati) 1kg ikan kembung Bahan kisar untuk kuah (kisar halus dengan air): 3 ½ biji bawang merah (besar sedikit dari bola pingpong) 4 ulas bawang putih kecil 3 batang akar ketumbar 3 batang serai kecil 2 inci belacan bakar 2 ketul kunyit hidup (anggaran 15 gram) 5 biji cili hijau besar 3 biji c...

Bau Durian Melekat Dalam Kereta, 3 Petua Ini Boleh Selamatkan Hidung Anda!

https://ift.tt/yQlmgi4

cara menghilangkan bau durian

Durian terkenal sebagai raja buah cukup popular dengan baunya yang kuat. Setelah bawa durian pulang naik kereta, bolehlah guna cara menghilangkan bau durian dalam kereta ini.

Bau durian yang melekat dalam kereta bukan saja mengganggu, malah boleh buat ramai pening dan rasa loya. Walaupun sudah sembur pewangi, bau durian tetap sukar hilang.

Ada beberapa cara menghilangkan bau durian dalam kereta bersama petua yang anda boleh cuba sendiri di rumah menggunakan barang yang ada di dapur. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

CARA MENGHILANGKAN BAU DURIAN DALAM KERETA

1. Tangkai durian.

cara menghilangkan bau durian

Kredit gambar: Facebook Hera Nanda

Setelah makan durian, jangan terus buang semua bahagiannya. Tangkai durian sebenarnya boleh digunakan untuk menyerap bau yang kuat itu.

Cara-caranya:

  1. Ambil 2 hingga 3 tangkai durian.
  2. Belah sedikit hujungnya untuk keluarkan aroma dalamannya.
  3. Kemudian selitkan pada lubang penghawa dingin kereta.
  4. Biarkan beberapa hari, bau durian makin pudar dan akhirnya hilang.

2. Serbuk kopi.

cara menghilangkan bau durian

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Siapa sangka, serbuk kopi juga boleh jadi penyelamat? Selain aromanya yang menenangkan, kopi juga berfungsi sebagai penyerap bau semulajadi.

Cara-caranya:

  1. Ambil sedikit serbuk kopi.
  2. Balut dalam kain kasa atau sapu tangan, kemudian letakkan dalam kereta semalaman.
  3. Jika ada uncang kopi instant, boleh juga gantungkan satu atau dua uncang di bahagian dalam kereta.

3. Roti putih.

Kredit gambar: Facebook Shafiie Ahdor

Ramai tak tahu, roti putih seperti Gardenia sebenarnya berfungsi menyerap bau dalam ruang tertutup. Petua ini kedengaran pelik, tapi siapa sangka hasilnya sangat efektif.

Cara-caranya:

  1. Ambil beberapa keping roti putih.
  2. Koyakkan kepada beberapa bahagian kecil.
  3. Letakkan di beberapa sudut dalam kereta seperti bawah kerusi, atas dashboard atau di bahagian bonet.
  4. Biarkan semalaman dan esoknya bau durian pasti akan berkurang dengan ketara.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Ume Abdullah, Facebook Shafiie Ahdor

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Tips Simpan Cili Dalam Botol Yang Tak Ramai Tahu, 8 Bulan Pun Masih Segar Lagi!

The post Bau Durian Melekat Dalam Kereta, 3 Petua Ini Boleh Selamatkan Hidung Anda! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan