Ayam Goreng Kunyit Simple Guna Air Fryer, Confirm Makan Sampai Jilat Jari!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resipi Ayam Goreng Kunyit simple dengan menggunakan air fryer yang sangat mudah, cepat disiapkan dan sedap dimakan.
Ayam Goreng Kunyit terdiri daripada potongan ayam yang digaul dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng sampai garing bersama sayur campur tumis.
Resipi Ayam Goreng Kunyit simple ini dikongsikan oleh emymellisa di Threads yang sesuai dijadikan sebagai lauk tengah hari, makan malam atau bekal. Jom kita cuba!
Baca juga: Senangnya Buat Ayam Percik Air Fryer Di Rumah, Isi Pun Lebih ‘Juicy’ Dan Lazat!
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT SIMPLE AIR FRYER
Bahan-bahan untuk ayam perap:
- 500 gram kepak ayam (belah tengah)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk cili (ikut tahap pedas yang disukai)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih (garlic powder)
- 1 sudu besar pure olive oil
- 1 sudu besar mayonis
Cara-cara menyediakan ayam perap:
1. Campurkan semua bahan dan gaulkan bersama ayam.
2. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit (lebih lama, lebih sedap).
Sayur-sayuran:
- 1 biji bawang Holland (dihiris bulat atau dipotong wedges)
- 1 batang lobak merah (dihiris nipis)
- Segenggam kacang panjang (dipotong 4 hingga 5cm panjang)
Cara-cara memasak guna air fryer untuk ayam:
1. Panaskan air fryer pada suhu 170°C.
2. Masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
3. Jangan lupa terbalikkan ayam selepas 10 minit untuk pastikan masak sekata dan rangup di luar.
Cara-cara memasak guna air fryer untuk sayur:
1. Masukkan sayur ke dalam bakul air fryer.
2. Masak pada suhu 170°C selama 10 minit.
3. Boleh kacau sekali selepas 5 minit jika nak tekstur sekata.
Selamat mencuba!
Sumber: emymellisa
Baca juga: Ayam Bakar Air Fryer Tanpa Gula, 3 Langkah Saja Dapat Isi Lembut Berjus!
The post Ayam Goreng Kunyit Simple Guna Air Fryer, Confirm Makan Sampai Jilat Jari! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan