Wanita Dedah Petua Hilangkan Pahit Peria, Siap Ajar Cara Goreng Bagi Rangup Macam Kerepek!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Peria memang sinonim dengan rasa pahit yang kadang-kadang boleh buat orang terus tolak pinggan. Tapi, ada petua hilangkan pahit peria dan cara menggorengnya supaya rangup.
Aisyah Abdullah telah kongsikan petua hilangkan pahit peria bersama cara menggorengnya di Facebook dengan langkah demi langkah yang mudah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Paling Mudah & Cepat Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari, Serius Menjadi!
PETUA HILANGKAN PAHIT PERIA
Bahan-bahan:
- Peria (tak kisah jenis peria katak atau biasa)
- 3 sudu makan garam (jika peria banyak, tambah sukatan garam)
Cara-caranya:
1. Potong peria, bersihkan dan korek bijinya. Nak belah dua pun boleh.
2. Kemudian hiris nipis, jika nak sagat pun boleh.
3. Setelah habis hiris, masukkan garam (bahan untuk bantu keluarkan pahit peria), kemudian gaulkan sampai peria tadi layu. Biarkan selama 15 hingga 30 minit.
4. Toskan dan buang airnya, kemudian cuci peria dengan air sebanyak dua atau tiga kali supaya peria tadi tak rasa masin.
5. Selepas cuci, perah peria bagi keluar air. Jika tak, nanti peria akan lembik apabila digoreng.
CARA GORENG PERIA SUPAYA RANGUP
Bahan-bahan:
- Peria (yang sudah dibuang pahitnya)
- Tepung serbaguna jenama Bestari (jika nak pedas, guna jenis hot & spicy)
- Minyak masak
Cara-caranya:
1. Setelah selesai perah peria tadi, masukkan tepung serbaguna Bestari dan gaulkan supaya tepung mudah melekat pada peria.
2. Setelah siap gaul, salut peria dengan tepung kering (Bestari) satu demi satu.
*Tips: Jika nak bagi peria lagi rangup dan tahan lama, boleh campurkan tepung bestari dengan sedikit tepung jagung dan tepung beras.
3. Goreng dengan api sederhana besar, masukkan peria satu demi satu. Apabila sudah garing, angkat dan toskan.
*Tips: Nak lagi rangup, goreng peria sebanyak dua kali. Tapi pastikan peria tadi sudah sejuk, baru goreng untuk kali kedua.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Aisyah Abdullah
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir, Serius Menjadi!
The post Wanita Dedah Petua Hilangkan Pahit Peria, Siap Ajar Cara Goreng Bagi Rangup Macam Kerepek! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan