Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

Imej
https://ift.tt/dqVx2Mw Bila tengah bulan dan dompet sudah mula kering, resepi telur berlado ini boleh jadi penyelamat. Menu ringkas tapi penuh rasa ini menjadi pilihan ramai bila nak berjimat. Telur berlado adalah antara juadah bajet yang boleh disediakan dengan bahan-bahan asas di dapur. Sangat sesuai untuk hujung bulan bila kita perlu berjimat tapi tetap nak makan sedap. Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat! RESEPI TELUR BERLADO Bahan-bahan: Telur Lada merah besar* Cili hijau* Bawang besar* Bawang putih* Halia* Sos tiram Cukup rasa Air Cara memasak: Kisar semua bahan yang bertanda (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika suka tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan kacau rata. Tambahkan juga serbuk cukup ras...

Resipi Singgang Ikan Tongkol, Lauk Simple & Jimat Masa Tapi Berhantu Sedapnya

https://ift.tt/0Ie8ajt

singgang ikan tongkol

Singgang Ikan Tongkol ialah salah satu masakan tradisional yang sangat popular di pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Hidangan ini ringkas, berkuah jernih dan tidak menggunakan minyak atau santan. Rasanya yang masam, pedas dan sedikit masin menjadikannya sangat menyelerakan, terutama bila dimakan bersama nasi panas.

Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan kerana ia dimasak tanpa tumis dan tidak berminyak. Antara bahan utama dalam masakan ini ialah ikan tongkol, bawang, lengkuas, asam keping dan cili. Kadang-kadang, orang akan tambahkan bendi atau budu untuk menambah rasa.

Kelebihan masakan singgang ialah cara memasaknya yang mudah dan cepat. Anda hanya perlu hiris bahan, masukkan semuanya ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Sangat sesuai untuk hari-hari sibuk atau jika anda mahukan lauk berkuah yang ringkas tetapi sedap.

Baca juga: Cara Hilangkan Masin Pada Ikan Kering, Ada 3 Petua Berkesan Wajib Cuba

RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL

singgang ikan tongkol

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan tongkol (saya guna bahagian kepala dan dua ketul isi)
  • Bendi secukupnya
  • Cili merah atau hijau (belah tengah)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Lengkuas (dihiris)
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang diinginkan)

Cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan yang dihiris (bawang, bawang putih, lengkuas) bersama cili dan air ke dalam periuk.
  2. Didihkan kuah sehingga naik bau dan kuah mendidih perlahan (mendidih manja).
  3. Masukkan ikan tongkol dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Biarkan ikan masak dan isinya menjadi lembut.
  5. Masukkan asam keping dan kacau perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan bendi. Apabila bendi mula layu, tutup api.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Ikan Terubuk Masin Goreng Bawang, Bau Pun Dah Buat Perut Berkeroncong!

The post Resipi Singgang Ikan Tongkol, Lauk Simple & Jimat Masa Tapi Berhantu Sedapnya appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan