Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

Imej
https://ift.tt/dqVx2Mw Bila tengah bulan dan dompet sudah mula kering, resepi telur berlado ini boleh jadi penyelamat. Menu ringkas tapi penuh rasa ini menjadi pilihan ramai bila nak berjimat. Telur berlado adalah antara juadah bajet yang boleh disediakan dengan bahan-bahan asas di dapur. Sangat sesuai untuk hujung bulan bila kita perlu berjimat tapi tetap nak makan sedap. Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat! RESEPI TELUR BERLADO Bahan-bahan: Telur Lada merah besar* Cili hijau* Bawang besar* Bawang putih* Halia* Sos tiram Cukup rasa Air Cara memasak: Kisar semua bahan yang bertanda (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika suka tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan kacau rata. Tambahkan juga serbuk cukup ras...

Resipi Pecel Ikan Pari, Lauk Berkuah Lemak Pedas Ini Memang Terangkat Lazatnya!

https://ift.tt/Hf5LMt6

resepi pecel ikan pari

Kalau suka makanan Jawa, resepi pecel ikan pari ini memang wajib cuba. Lauk ini berkuah lemak pedas yang penuh rasa, harum belacan dan sedikit masam daripada perahan limau nipis. Ikan pari jadi bahan utama tapi kuahnya yang buat sesiapa pun makan bertambah.

Masakan pecel memang cukup popular dalam masyarakat Jawa. Selalunya orang guna sayur atau ayam, tapi versi ini lebih istimewa dengan ikan pari yang dimasak terus dalam kuah santan berempah. Bila kuah dah pekat dan ikan menyerap semua rasa, memang padu.

Kalau tak ada ikan pari, boleh juga guna ayam bakar, ikan cencaru atau ikan keli. Semuanya sesuai dimasak cara ini sebab kuah pecel memang serasi dengan pelbagai jenis lauk. Resipi ini mudah, cepat dan hasilnya sangat memuaskan. Jom tengok cara penyediaannya.

Baca juga: Cara Pilih Ikan Pari Yang Lembut, Gerenti Tak Keras Macam Getah!

RESEPI PECEL IKAN PARI

resepi pecel ikan pari

Bahan-bahan:

  • Ikan pari
  • Cili api (ikut tahap kepedasan)
  • Cili merah
  • Bawang kecil
  • Bawang putih (pilihan, boleh ditinggalkan jika tidak digemari)
  • Belacan secukupnya
  • Santan
  • Limau nipis (untuk perahan)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  1. Ikan pari boleh digoreng seperti biasa atau dibakar mengikut kesukaan. Pastikan ia dimasak sempurna agar isinya lembut dan tidak berbau hanyir. Ketepikan.
  2. Untuk buat kuahnya, goreng bahan-bahan seperti cili api, cili merah, bawang kecil, bawang putih dan belacan tanpa minyak. Jika mahu, boleh ditambah sedikit minyak untuk menaikkan aroma.
  3. Kisar bahan yang telah digoreng bersama santan sehingga halus.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan perahan limau nipis, garam dan sedikit serbuk perasa mengikut citarasa.
  5. Masak sehingga kuah mendidih dan naik bau.
  6. Setelah kuah mula mendidih, masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Biarkan mereneh hingga ikan masak sepenuhnya dan kuah sedikit pekat.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Aemizah Mahmad

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Pari Kering, Dah Sejuk Pun Kekal Rangup Krup Krap!

The post Resipi Pecel Ikan Pari, Lauk Berkuah Lemak Pedas Ini Memang Terangkat Lazatnya! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan