Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade Ini Kalah Kedai, Dijamin Satu Rumah Puji Sedap!

Imej
https://ift.tt/bpRaGQ6 Resepi nasi ayam roasted ini memang dijamin buat anda terliur! Ayam yang diperap, kemudian digoreng garing di luar tapi kekal juicy di dalam. Dipadankan pula dengan nasi wangi berlemak. Lengkap dengan kuah kicap, kuah lada dan sup. Memang cukup sempurna satu hidangan! Selalunya kita beli di kedai saja kan? Tapi kalau buat sendiri, bukan saja lebih jimat malah kita boleh ubah suai rasa ikut selera sendiri. Nak pedas lebih, nak kuah pekat, semuanya boleh disesuaikan. Resipi ini juga tak susah untuk diikuti, bahan-bahan pun mudah dicari. Memang sesuai sangat kalau nak masak untuk keluarga atau sebagai hidangan istimewa pada hujung minggu. Jangan lupa cuba masak ya! Baca juga: Nasi Ayam Penyet Ala Wong Solo, Sedapnya Bikin Makan Bertambah-Tambah! RESEPI NASI AYAM ROASTED Bahan-bahan rebus ayam: 1 ekor ayam 3 liter air 5 ulas bawang putih diketuk 5-6 hirisan halia Cara rebus ayam: Basuh ayam sampai bersih, letakkan dalam periuk dan tuangkan air. Kemu...

Resipi Gulai Lemak Ikan Masin & Nanas Ini Sangat Mengiurkan, Buat Terus Nak Tambah Nasi!

https://ift.tt/xm8hpRg

gulai lemak ikan masin

Gulai lemak ikan masin dengan nanas ini kalau ‘pekena’ dengan sambal belacan, memang padu habis! Lauk kuah yang satu ini boleh buat kita bertambah-tambah nasi tanpa sedar.

Ditambah pula dengan ulam-ulaman segar, memang makin berselera jadinya. Selalunya kita hanya makan lauk ni di restoran atau warung sahaja, tapi apa kata kali ini cuba masak sendiri di rumah? Mudah saja penyediaannya!

Baca juga: Resipi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!

RESEPI GULAI LEMAK IKAN MASIN DAN NANAS

gulai lemak ikan masin

Bahan-bahan:

  • Nanas (dipotong kecil)
  • Ikan masin duri (rendam seketika dan potong sederhana)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (dicarik dan disiat halus)
  • 2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 5-10 biji cili api (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 1 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Masukkan bahan-bahan kisar halus bersama serai yang telah dititik ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan naik bau. Kemudian masukkan ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak sehingga nanas separuh empuk. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah.
  4. Masukkan daun kunyit bersama sedikit gula. Rasa kuah, kemudian tambahkan garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga mendidih perlahan dan kacau selalu.
  5. Setelah cukup masak, bolehlah matikan api.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin, Punyalah Sedap Boleh Lajak 2 Pinggan!

The post Resipi Gulai Lemak Ikan Masin & Nanas Ini Sangat Mengiurkan, Buat Terus Nak Tambah Nasi! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan