Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade Ini Kalah Kedai, Dijamin Satu Rumah Puji Sedap!

https://ift.tt/bpRaGQ6

resepi nasi ayam roasted

Resepi nasi ayam roasted ini memang dijamin buat anda terliur! Ayam yang diperap, kemudian digoreng garing di luar tapi kekal juicy di dalam. Dipadankan pula dengan nasi wangi berlemak. Lengkap dengan kuah kicap, kuah lada dan sup. Memang cukup sempurna satu hidangan!

Selalunya kita beli di kedai saja kan? Tapi kalau buat sendiri, bukan saja lebih jimat malah kita boleh ubah suai rasa ikut selera sendiri. Nak pedas lebih, nak kuah pekat, semuanya boleh disesuaikan.

Resipi ini juga tak susah untuk diikuti, bahan-bahan pun mudah dicari. Memang sesuai sangat kalau nak masak untuk keluarga atau sebagai hidangan istimewa pada hujung minggu. Jangan lupa cuba masak ya!

Baca juga: Nasi Ayam Penyet Ala Wong Solo, Sedapnya Bikin Makan Bertambah-Tambah!

RESEPI NASI AYAM ROASTED

resepi nasi ayam roasted

Bahan-bahan rebus ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 3 liter air
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 5-6 hirisan halia

Cara rebus ayam:

  1. Basuh ayam sampai bersih, letakkan dalam periuk dan tuangkan air.
  2. Kemudian, rebus dengan api perlahan selama 20 minit.
  3. Masukkan juga 5 ulas bawang putih diketuk dan 5-6 hirisan halia ke dalam rebusan ayam.
  4. Bila sudah siap rebus, angkat ayam untuk diperap dan digoreng ke dalam bekas lain.
  5. Biarkan beberapa ketul ayam seperti bahagian kaki, leher atau lain-lain untuk buat sup.
  6. Jangan buang air rebusan kerana mahu digunakan nanti.

Bahan-bahan nasi:

  • 2 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu planta
  • Serai
  • Sehelai daun pandan
  • 4 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 1 1/2 sudu garam
  • 1 sudu stok ayam

Cara masak nasi:

  1. Cairkan 2 sudu planta dalam kuali.
  2. Masukkan serai yang sudah diketuk dan sehelai daun pandan.
  3. Kemudian, masukkan 2 sudu pes bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  4. Tumis sampai wangi sahaja, tak perlu lama-lama. Ketepikan.
  5. Basuh bersih beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam periuk nasi.
  6. Tuang 4 cawan air rebusan ayam bersama garam dan stok ayam.
  7. Akhir sekali, masukkan pes tumisan tadi.

resepi nasi ayam roasted

Bahan-bahan ayam roasted:

  • Ayam yang telah direbus
  • 2 sudu bawang putih
  • Halia
  • 2 sudu kicap cair
  • 3 sudu kicap karamel
  • 2 sudu kicap masin
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu gula
  • 1 batang serai atau sehelai daun pandan

Cara masak ayam roasted:

  1. Mula-mula, perap ayam terlebih dahulu. Dalam mangkuk, masukkan 2 sudu bawang putih dan halia yang telah dikisar halus.
  2. Selepas itu, masukkan 2 sudu kicap cair, 3 sudu kicap karamel, 2 sudu kicap masin, 2 sudu sos tiram, 1 sudu madu,  1 sudu minyak bijan dan 1 sudu gula ke dalam mangkuk. Gaul sebati semua sos.
  3. Kemudian, tuangkkan sos tadi ke dalam bekas berisi ayam yang telah direbus. Masukkan juga 1 batang serai yang telah diketuk atau gantikan dengan sehelai daun pandan.
  4. Gaul sampai semuanya sebati dan perapkan seketika selama 1-2 jam.
  5. Bila dah siap perap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang diperap tadi. Goreng bersama daun pandan supaya lagi wangi. Jangan goreng terlalu lama supaya ayam lebih juicy, goreng 5 minit saja.

Bahan kuah kicap:

  • 1 1/2 senduk lebihan perap ayam
  • 2 senduk kicap masin
  • 1 senduk gula
  • 2 senduk air panas
  • 1 sudu makan minyak bijan

Cara buat kuah kicap:

  1. Ambil lebihan perapan ayam tadi, masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan juga 2 senduk kicap masin, 1 senduk gula, 2 senduk air panas dan 1 sudu makan minyak bijan ke dalam mangkuk.
  3. Kacau sampai sebati dan siap.

Bahan kuah lada:

  • 5 biji cili besar
  • Cili padi (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 11 ulas bawang putih (jika saiz kecil, jika saiz besar kurangkan kuantiti)
  • 1 inci halia
  • 2 senduk air rebusan ayam
  • 2 senduk cuka makan
  • Sedikit garam

Cara buat kuah lada:

  1. Kisar semua bahan untuk buat kuah lada di atas.
  2. Selepas itu, tuangkan bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan seketika.

resepi nasi ayam roasted

Bahan buat kuah sup:

  • 3 sekawan
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 hiris halia

Cara buat kuah sup:

  1. Mula-mula, tumis 3 sekawan, 3 ulas bawang putih cincang dan 3 hiris halia sampai naik bau.
  2. Bila dah siap tumis, masukkan ke dalam kuah sup.

Hidangkan nasi, ayam roasted, kuah kicap, kuah lada, kuah sup dan sayuran-sayuran seperti salad dan tomato. Sedia untuk menjamu selera!

Sumber: TikTok @akakmasakmasak

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai, Terlajak Sedap Patutlah Ramai Pakat Cuba!

The post Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade Ini Kalah Kedai, Dijamin Satu Rumah Puji Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan