Resepi Ayam Tumis Tomyam Padu, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jika anda sedang mencari idea masakan yang mudah tapi tetap padu rasanya, resepi Ayam Tumis Tomyam ini memang boleh masuk dalam senarai wajib cuba di rumah.
Cik Puan Jue telah kongsikan resepi Ayam Tumis Tomyam yang nampak sangat menyelerakan di Facebook sampaikan ramai teringin memasaknya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Pandan, Bila Bakar Wangi Daun Pandan Harum Satu Rumah
RESEPI AYAM TUMIS TOMYAM
Bahan utama:
- ½ ekor ayam (dipotong kecil, digaul dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dulu)
Bahan tumis:
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 1 sudu besar bawang merah kisar
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 batang akar ketumbar (diketuk)
- 3 helai daun limau purut (disiat atau dicarik)
- 2 batang serai (dihiris serong)
- 2 sudu besar pes tomyam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
Bahan sayur:
- Bunga kobis
- Kacang panjang
- Putik jagung
- Bawang holland (dihiris bulat)
- Lengkuas (dihiris nipis)
- Daun ketumbar
- Cili padi dan cili merah (ikut tahap kepedasan yang disukai)
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak yang sama digunakan untuk goreng ayam tadi. Jika minyak terlalu banyak, buang sikit supaya tak terlalu berminyak.
2. Tumis bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kisar bersama akar ketumbar, serai dan daun limau purut. Tumis sampai naik bau dan cili nampak agak garing.
3. Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos cili. Kacau sebati dan biar naik rasa.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.
5. Masukkan semua sayur-sayuran, bawang holland, lengkuas dan cili padi. Tambahkan sedikit air.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut selera masing-masing.
7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar, hirisan bawang Holland tambahan dan cili padi sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!
Gabungan rasa masam, pedas dan aroma herba Thai yang ada pada hidangan ini cukup membangkitkan selera. Tambahan pula, resepi Ayam Tumis Tomyam ini tak susah kerana bahan-bahannya mudah dicari dan cara masak pun santai.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Jue atau Qaseh Jue Aisya
Baca juga: Resepi Ayam Bawang Stail Mak-Mak, Bau Tumisan Saja Dah Buat Perut Lapar!
The post Resepi Ayam Tumis Tomyam Padu, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan