Cara Buat Mee Udon Simple Di Rumah, Rasa Umami & Pedas Manja Yang Memikat!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jika sedang mencari satu menu yang ringkas tapi sedapnya luar biasa sedap, anda wajib cuba resipi Mee Udon ini. Setelah buat hidangan ini, pasti keluarga anda menyukainya nanti.
Resipi yang dikongsikan oleh Norma Artaditya di Facebook telah mencuri perhatian ramai kerana nampak menarik dan mudah dibuat di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Mee Sanggul Goreng Guna Bahan Ringkas, Resepi Simple Tapi Boleh Buat Ketagih!
RESIPI MEE UDON
Bahan-bahan:
- 200 gram mee udon (jika guna sejuk beku, rendam dulu dalam air panas)
- 2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
- 3 biji sosej (dihiris serong)
- 3 biji cili hijau besar (dihiris serong)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 tangkai daun bawang (dihiris)
- 5 hingga 7 biji lada cayenne keseluruhan (pilihan)
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- ½ sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil kicap
- 1 sudu besar minyak bijan (pilihan)
- Garam dan serbuk perasa
- Minyak masak untuk menumis
Cara-cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tuangkan telur yang telah dipukul. Masak sampai jadi telur hancur. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, tambah sedikit minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan sosej dan hirisan cili hijau. Goreng sekejap sampai sosej keperangan dan cili layu.
3. Masukkan mee udon yang sudah dileraikan dan gaul rata supaya mee tak melekat dan mula menyerap rasa.
4. Tambahkan kicap manis, sos tiram, sos cili, kicap biasa, serbuk lada sulah, sedikit garam dan serbuk stok. Jika rasa kering sangat, boleh tambah 2 hingga 3 sudu air panas. Kacau sampai kuah menyerap masuk ke dalam mee.
5. Masukkan telur hancur tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
6. Taburkan hirisan daun bawang dan minyak bijan, kemudian kacau sekejap. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Norma Artaditya
Baca juga: Resipi Mee Bandung Cara Malas, Tak Banyak ‘Step’ Tapi Sedapnya Mengancam!
The post Cara Buat Mee Udon Simple Di Rumah, Rasa Umami & Pedas Manja Yang Memikat! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan