Resipi Sotong Ketuk Serai Kuah Hitam, Lauk Mudah Dimasak & Buat Makan Berselera!

Imej
https://ift.tt/qaBCyR0 Kalau cakap pasal lauk sotong, mesti ramai terus terbayang sotong goreng kunyit, sotong sambal atau sotong masak lemak kan? Tapi sebenarnya, ada satu lagi menu klasik yang makin jarang kita jumpa iaitu Resepi Sotong Masak Hitam. Menu ini dimasak dengan serai dan bawang. Kuahnya pekat berwarna gelap dan ada rasa manis semula jadi daripada dakwat sotong. Resipi ini juga cukup mudah dan tak perlukan banyak bahan pun. Tak perlu tumis, cuma masukkan semua bahan dan biar mendidih atas dapur. Aroma serai yang wangi bila bergabung dengan bawang memang buat kita tak sabar nak makan. Kuahnya yang hitam dan sedikit likat pula sangat padu bila dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nampak saja simple, tapi rasa dia memang lain macam! Jom cuba sendiri resepi sotong ketuk serai kuah hitam ini di rumah. Confirm licin pinggan! Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat! RESEPI SOTONG MASAK HITAM Bahan-bahan: 500 gra...

Sotong Goreng Lada Hitam Paling Padu, Makan Dengan Nasi Panas Lagi Terangkat!

https://ift.tt/9YATaJZ

sotong goreng lada hitam

Jika anda peminat makanan laut dan suka rasa pedas berempah, Sotong Goreng Lada Hitam ini wajib dicuba. Selain mudah dimasak, ia sesuai sebagai lauk buat seisi keluarga.

Sotong Goreng Lada Hitam ini mempunyai aroma tumisan lada hitam yang wangi. Berpadu dengan tekstur sotong lembut dan sedikit kenyal, memang cukup memikat selera.

Nak cuba masak lauk ini di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Fatimah di Facebook dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

RESIPI SOTONG GORENG LADA HITAM

sotong goreng lada hitam

Bahan-bahan:

  • 1kg sotong
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 2 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit daun bawang
  • Air asam jawa
  • 1 ketul pati ayam

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk lada hitam, halia, bawang kecil dan bawang putih sampai hancur.

2. Kemudian, gaulkan bahan tumbuk tadi dengan sotong bersama serbuk kunyit, sedikit garam dan gula secukupnya.

3. Selepas itu, goreng kentang dan ketepikan terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tumis sotong dan masak sampai air sotong kering.

5. Masukkan air asam jawa, pati ayam dan kentang goreng dan masak sampai kuah pekat.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun bawang, cili padi dan cili merah. Siap untuk dihidang!

sotong goreng lada hitam

Lihat betapa mudahnya masak Sotong Goreng Lada Hitam ini di rumah. Jika anda tengah cari idea lauk yang ringkas tapi sedap, resipi ini memang patut masuk dalam senarai.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Fatimah

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapat Rangup Sempurna!

The post Sotong Goreng Lada Hitam Paling Padu, Makan Dengan Nasi Panas Lagi Terangkat! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan