Resipi Ayam Masak Bali, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Rasa Tetap Padu!

Imej
https://ift.tt/SIcx5wk Kalau sebut tentang lauk yang padu, berempah dan penuh aroma, Resepi Ayam Bali memang antara yang wajib dicuba. Masakan ini bukan sahaja kaya dengan rasa, malah baunya saja pun boleh buat perut terus lapar! Ayam masak bali ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk utama waktu makan tengah hari atau malam. Gabungan serai, daun kari, cili kisar dan kicap pekat menjadikan rasanya pedas, manis dan cukup berempah. Paling menarik, resipinya sangat mudah disediakan dan tak memerlukan bahan yang pelik-pelik. Hanya perlu kisar bahan asas, goreng ayam, tumis, dan gaul rata. Tak sampai sejam pun dah siap! Baca juga: Cara Masak Ayam Goreng Kari Dengan Kentang, Resipi Simple Gerenti Jadi! RESEPI AYAM BALI Bahan-bahan: 1 ekor ayam 6-8 batang serai (dititik) 8 helai daun kari 3 sudu besar gula pasir 2 sudu kecil garam Kicap pekat secukupnya Serbuk kunyit secukupnya Garam secukupnya 1 biji bawang besar (dihiris bulat) Bahan kisar: Segenggam cili kering (direbu...

Resipi Kek Tiramisu Rasa Berlemak & Penuh Aroma Kopi, Buat Sendiri Dapat Banyak Bekas!

https://ift.tt/RnjyEOh

resepi kek tiramisu

Resepi kek tiramisu tanpa bakar ini bukan sahaja mudah disediakan, malah setiap lapisan krim dan biskut memberikan rasa yang kaya, berlemak dan penuh aroma kopi.

Ramai sangka tiramisu sukar dibuat, tetapi sebenarnya bahan-bahannya ringkas dan tidak memerlukan oven. Malah, ia boleh diolah mengikut cita rasa sendiri.

Kek tiramisu ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk pelbagai majlis atau dinikmati pada bila-bila masa. Teksturnya yang lembut dan rasa sejuk berkrim pasti membuatkan sesiapa sahaja ingin menikmatinya lagi dan lagi.

Baca juga: Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE

resepi kek tiramisu

Bahan-bahan:

  • 90 gram gula kastor
  • 250 gram krim keju (cream cheese)
  • 200 ml krim putar (whipping cream)
  • 200 gram keju mascarpone
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Serbuk koko (untuk tabur)
  • Biskut ladyfingers secukupnya
  • Bancuhan kopi/Nescafe + air panas

Cara-cara:

  1. Pukul gula kastor bersama cream cheese hingga sebati dan gebu. Ketepikan sekejap.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga kembang dan kental.
  3. Masukkan 200 gram mascarpone ke dalam adunan whipping cream. Gaul hingga rata.
  4. Tambahkan 1 sudu kecil esen vanila dan gaul sebati.
  5. Masukkan pula adunan cream cheese yang pertama tadi ke dalam campuran mascarpone. Gaul rata atau pukul sekejap saja guna mixer. Jangan terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur elok.

Lapisan tiramisu:

  1. Bancuh kopi/Nescafe dengan air panas. Biarkan sejuk.
  2. Celupkan ladyfingers ke dalam bancuhan kopi sekejap saja — jangan lama sangat supaya tak hancur.
  3. Susun lapisan pertama ladyfingers dalam bekas.
  4. Tuangkan lapisan krim di atasnya.
  5. Ulang langkah: satu lapisan lagi biskut, kemudian lapisan krim sekali lagi.
  6. Akhir sekali, taburkan serbuk koko di bahagian atas.
  7. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4-6 jam sebelum dinikmati, lagi sedap kalau simpan semalaman!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Puding Kastard Tiramisu, Makan Sejuk-Sejuk Baru ‘Best’!

The post Resipi Kek Tiramisu Rasa Berlemak & Penuh Aroma Kopi, Buat Sendiri Dapat Banyak Bekas! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan