Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!

Imej
https://ift.tt/1sjtp6W Kuih Talam Gula Merah merupakan antara kuih klasik yang sangat nostalgia. Jika teringin makan, anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi lengkap langkah demi langkah ini. Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawahnya yang manis dan beraroma gula merah, manakala bahagian atasnya lemak masin daripada santan pekat. Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan resipi kuih Talam Gula Merah di Facebook yang bukan saja sedap, malah boleh dapat sampai 50 biji dengan acuan lompang. Jom kita cuba! Baca juga: Tepung Talam Pandan Paling Lembut, Nak Permukaan Licin Kena Tapis Bahan ‘Ini’ RESIPI KUIH TALAM GULA MERAH Bahan A (bahagian bawah): 2 cawan air gula (hasil dari campuran 1 cawan gula merah dan 1 cawan gula pasir, dimasak bersama 2 cawan air, kemudian tapis) 3 cawan tepung gandum 4 cawan santan cair (daripada 1 ½ biji kelapa ) Bahan B (bahagian atas): 4 cawan santan pekat (daripada 1 ½ biji kelapa) 1 cawan tepung beras 3 sudu makan tepung jagung...

Resipi Karipap Sardin Gebu Montok, Kulit Licin & Rangup Bukan Biasa-Biasa

https://ift.tt/DQU8GwO

resipi karipap sardin

Baik sarapan pagi mahupun minum petang, karipap sudah menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi. Kali ini, kami akan kongsikan resipi Karipap Sardin yang rangup dan sedap.

Di Malaysia, karipap merupakan antara kuih tradisional yang sangat popular dan sering laku keras. Antara jenis karipap yang ada seperti karipap berjerawat dan karipap pusing.

Jalilah JJ Homemade telah kongsikan resipi Karipap Sardin di Facebook yang hasil kulitnya licin sampaikan ramai tertarik untuk membuatnya sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kulit Karipap Berjerawat Yang ‘Perfect’, Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

RESIPI KARIPAP SARDIN

resipi karipap sardin

Bahan-bahan kulit karipap:

  • 1kg tepung gandum baker choice
  • ¾ cawan minyak masak
  • 3 sudu butter blend atau marjerin
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1½ cawan air (ikut kelembutan)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)
  • 2 sudu besar shortening (untuk menggoreng)
  • 1 sudu besar air kapur jernih

Bahan-bahan inti karipap:

  • 2 tin sardin cap ayam mackerel
  • 5 hingga 7 biji bawang besar atau bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 hingga 5 sudu cili kisar
  • 3 hingga 4 biji bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 biji telur (tak nak pun tak apa)
  • 5 hingga 6 batang daun sup (dimayang)
  • ¼ cawan air asam jawa pekat
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara membuat inti karipap:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.

3. Masukkan sedikit gula supaya proses cili cepat garing.

4. Buang tulang ikan sardin, asingkan dulu kuahnya. Hancurkan sardin sekali dengan kuahnya dan masukkan dalam cili kisar yang sudah garing tadi dan masak sampai kering.

5. Pecahkan telur, kacau cepat-cepat dan masukkan daun sup. Kacau sebati dan angkat. Sejukkan inti dahulu baru gunakannya.

resipi karipap sardin

Cara-cara membuat karipap:

1. Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan.

2. Panaskan minyak masak, biar panas betul baru letak butter.

3. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah diayak.

4. Kacau dengan senduk kayu, biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti.

5. Larutkan garam, gula dan air kapur.

6. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh, kemudian perap ½ jam baru diterap dengan inti (saya terap kemudian kelim semula untuk elak daripada terbuka)

7. Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk mengebuskan karipap, kemudian angkat dan toskan. Siap!

Dengan inti sardin yang pedas manis bersama kulit karipap yang rangup, resipi Karipap Sardin ini bukan saja mudah disediakan, malah sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Jalilah JJ Homemade

Baca juga: Resepi Karipap Pusing, Begini Cara Dapat Hasil Pusar Tak Merekah Dan Lebih Garing!

The post Resipi Karipap Sardin Gebu Montok, Kulit Licin & Rangup Bukan Biasa-Biasa appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan