Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Sampai Licin Semangkuk

Imej
https://ift.tt/qpc9osv Musim durian memang saat paling dinantikan oleh penggemarnya. Selain dimakan begitu saja, isi durian boleh dijadikan pelbagai pencuci mulut seperti Pengat Bebola Durian . Pengat Bebola Durian merupakan gabungan doh bebola pulut berinti isi durian yang direbus dan dihidang bersama kuah santan manis beraroma pandan. Resipi Pengat Bebola Durian yang dikongsikan oleh Azlida Harun di Facebook ini bukan saja sedap, malah cukup mudah disediakan di rumah. Jom kita cuba! Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka! RESIPI PENGAT BEBOLA DURIAN Bahan untuk bebola durian: Isi durian Tepung pulut Bahan untuk kuah pengat: Santan pekat Gula melaka Secubit garam Daun pandan Cara-cara membuat bebola durian: 1. Ambil isi durian yang telah dibuang bijinya, kemudian lenyekkan menggunakan sudu atau tangan bersih. 2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit ke dalam isi durian yang telah dilenyek. Gaulkan sampai jadi doh yang...

Resepi Lempeng Lembut Tanpa Minyak, Gebunya Bukan Biasa-Biasa!

https://ift.tt/AuD6BrF

resepi lempeng lembut

Tak kira waktu pagi atau petang, ramai yang suka makan lempeng sambil cicah dengan sambal. Oleh itu, kami nak ajak anda cuba resepi Lempeng lembut tanpa minyak ini.

Lempeng adalah salah satu hidangan tradisional Malaysia kesukaan ramai yang sering dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selain dibuat secara kosong, ia juga boleh dibuat dengan menggunakan kelapa dan pisang.

Misza Manap telah kongsikan resepi Lempeng lembut di Facebook yang membuatkan ramai tertarik kerana hasilnya cantik dan gebu. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Lempeng Guna Roti Gardenia, Cepat Siap Dengan 5 Langkah!

RESEPI LEMPENG LEMBUT

resepi lempeng lembut

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu marjerin jenama Pelangi
  • Air (cairnya macam buat kuih ketayap)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, telur, garam dan marjerin dalam satu bekas.

2. Selepas itu, letak air mengikut tahap cair yang dimahukan

3. Kemudian, gaul adunan sampai sebati.

4. Seterusnya, panaskan kuali dengan menggunakan api paling perlahan.

5. Selepas itu, tuang sesenduk adunan ke atas kuali.

6. Biarkan sebentar dan terbalikkan.

7. Ulang langkah 5 sampai habis adunan. Siap untuk dihidang!

resepi lempeng lembut

Jika sudah menggunakan marjerin dalam adunan, anda tak perlu lagi menyapu minyak pada kuali kerana Lempeng takkan melekat. Pada masa yang sama, ia membantu menjimatkan minyak masak di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Misza Manap

Baca juga: Lempeng Pisang Kelapa, Orang Dulu Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Baru Sedap

The post Resepi Lempeng Lembut Tanpa Minyak, Gebunya Bukan Biasa-Biasa! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan