Rahsia Keria Keledek Oren Kekal Lembut Sampai Ke Petang, Tak Keras Bila Sejuk!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Siapa yang tak suka kuih keria, lebih-lebih lagi Keria Keledek Oren yang lembut bersalut gula melimpah. Sebenarnya, ada rahsia supaya hasilnya tak keras walaupun sudah sejuk.
Keledek oren mempunyai rasa yang lebih manis, teksturnya lebih halus dan memberikan warna yang cantik secara semula jadi. Oleh sebab itu, ramai yang suka guna untuk buat kuih.
Masalah yang biasa dihadapi adalah keria jadi keras, liat dan tak sedap untuk dimakan apabila sudah sejuk. Tapi jika anda ikut resipi oleh Nana Ereena di Facebook ini, tak perlu risau lagi.
Baca juga: Cara Buat Keria Lembut, Ada Tips Supaya Gula Melekat Lama Dan Tak Cair
RESIPI KERIA KELEDEK OREN
Bahan-bahan untuk kuih keria:
- 1kg keledek oren
- 1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah jika kurang)
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu minyak masak (guna sewaktu nak bentukkan keria)
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk sira gula:
- 1½ senduk gula pasir
- 1 senduk besar air
Cara-cara membuat kuih keria:
1. Mula-mula, buang kulit keledek dan potong dalam saiz kecil.
2. Selepas itu, rebus keledek dengan garam sampai empuk.
3. Apabila sudah empuk, angkat dan toskan airnya, kemudian terus lecek keledek sampai lumat ketika keledek masih panas.
4. Biarkan suam terlebih dahulu, baru letakkan tepung sedikit demi sedikit sampai agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.
Tips penting sewaktu bentukkan gegelang kuih keria:
- Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tak keras.
- Elakkan guna tepung sewaktu nak bentukkan sebab nanti keria akan jadi keras.
5. Goreng kuih keria dalam minyak yang sederhana panas sampai kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan.
6. Akhir sekali, biarkan suam terlebih dahulu sebelum disira dengan gula.
Cara-cara membuat sira gula:
1. Mula-mula, masak gula pasir dan air dengan api sederhana sampai berbuih.
2. Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi.
3. Kemudian, kacau rata sampai gula melekat pada seluruh kuih.
4. Akhir sekali, tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria. Siap!
Dengan teknik dan tips yang betul, Keria Keledek Oren anda bukan saja akan kekal lembut sampai ke petang, malah akan jadi rebutan semua orang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nana Ereena
Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!
The post Rahsia Keria Keledek Oren Kekal Lembut Sampai Ke Petang, Tak Keras Bila Sejuk! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan