Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Sampai Licin Semangkuk

Imej
https://ift.tt/qpc9osv Musim durian memang saat paling dinantikan oleh penggemarnya. Selain dimakan begitu saja, isi durian boleh dijadikan pelbagai pencuci mulut seperti Pengat Bebola Durian . Pengat Bebola Durian merupakan gabungan doh bebola pulut berinti isi durian yang direbus dan dihidang bersama kuah santan manis beraroma pandan. Resipi Pengat Bebola Durian yang dikongsikan oleh Azlida Harun di Facebook ini bukan saja sedap, malah cukup mudah disediakan di rumah. Jom kita cuba! Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka! RESIPI PENGAT BEBOLA DURIAN Bahan untuk bebola durian: Isi durian Tepung pulut Bahan untuk kuah pengat: Santan pekat Gula melaka Secubit garam Daun pandan Cara-cara membuat bebola durian: 1. Ambil isi durian yang telah dibuang bijinya, kemudian lenyekkan menggunakan sudu atau tangan bersih. 2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit ke dalam isi durian yang telah dilenyek. Gaulkan sampai jadi doh yang...

Rahsia Ikan Goreng Cili Sedap Lain Macam, Rasa Pedas Beraroma Pasti Memikat Selera!

https://ift.tt/F9exwq5

resepi ikan goreng

Kalau anda penggemar masakan pedas dan beraroma, resepi ikan goreng cili ini pasti akan menambat selera! Hidangan ringkas tetapi penuh rasa ini sesuai untuk makan tengah hari atau malam.

Gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis dari sambalnya mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.  Resipi ini juga hanya guna bahan-bahan yang mudah didapati dan cara memasaknya yang tidak rumit.

Walaupun ringkas, rasa yang dihasilkan cukup luar biasa. Bayangkan ikan goreng rangup disalut dengan sambal pedas, memang membuka selera! Jadi, jika ada yang ingin mencuba, jom baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Resipi Ikan Bawal Goreng Garing, Cicah Dengan Sambal Kicap Memang Ngam!

RESEPI IKAN GORENG CILI

resepi ikan goreng

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 8 biji cili padi hijau
  • 6 biji cili merah besar
  • 2 biji cili hijau besar

Bahan-bahan lain:

Cara-cara penyediaannya:

  1. Cuci bersih ikan dan kelarkan pada kedua-dua belah.
  2. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam sampai rata ke seluruh permukaan ikan.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak dan garing
  4. Angkat ikan yang telah digoreng dan ketepikan seketika.
  5. Sekarang, kita buat sambalnya pula.
  6. Sediakan bahan-bahan kisar iaitu bawang merah besar, bawang merah kecil, cili padi hijau, cili merah besar dan cili hijau besar.
  7. Kisar kesemua bahan menggunakan chopper untuk mendapatkan tekstur yang sedikit kasar.
  8. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai semua bahan layu.
  9. Teruskan menumis hingga cili masak dan naik bau.
  10. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya mengikut selera.
  11. Masukkan ikan ke dalam sambal dan gaul sampai sebati.
  12. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Sumber: Nasriah Ramli

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

The post Rahsia Ikan Goreng Cili Sedap Lain Macam, Rasa Pedas Beraroma Pasti Memikat Selera! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan