Pelanggan Marah Lelaki Jual Popia Sebab Panggil ‘Mak Cik’, Ini Respon Netizen
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Apabila bercakap dengan pelanggan, biasanya peniaga akan guna gelaran seperti akak, adik, abang, makcik dan pakcik. Namun, apa yang dihadapi oleh peniaga yang jual popia ini cukup mengejutkan netizen.
Sesetengah orang yang berumur lebih selesa dirinya dipanggil dengan gelaran pakcik atau makcik. Tapi tak sangka, ada juga pelanggan yang begitu sensitif tentang gelaran tersebut.
Baca juga: Wanita Bengang Peniaga Balut Pulut Sambal Guna Daun Pisang Kotor, Penuh Ulat!
PENIAGA KENA MARAH KETIKA JUAL POPIA, PANGGIL PELANGGAN DENGAN GELARAN MAKCIK
@rosizwanarifin Sabar ye apis 🤣🤣🤣 #fyp #popiah #shahalam ♬ original sound – HouseofPopiah Giant 13
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok melalui akaun rosizwanarifin menunjukkan peniaga yang jual popia dikenali sebagai Rosiz bersama stafnya, Apis sedang menyiapkan pesanan pelanggan di kiosk House of Popiah yang terletak di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam.
Situasi pada awalnya seperti biasa, namun lain pula jadinya apabila Apis tiba-tiba ditegur oleh pelanggannya yang dikatakan kurang menjaga adab dengan pelanggan kerana memanggilnya makcik.
“Lain kali nak cakap dengan pelanggan, cakap tuan atau puan, jangan makcik-makcik. Akak pun tak apa. Adab dengan pelanggan.”
Di dalam video, kelihatan Apis hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepalanya. Selepas menyiapkan pesanan, pekerja itu terus beri kepada wanita berkenaan.
Komen netizen mempunyai pendapat berbeza tentang situasi yang dihadapi oleh peniaga popia ini. Ada yang kata cara teguran itu betul merupakan adab sebenar antara pembeli dan penjual.
Ada juga komen mengatakan gelaran tuan atau puan hanya sesuai di majlis rasmi. Selain itu, ada juga yang tak kisah dengan gelaran pakcik atau makcik apabila berada di tempat awam.
ANTARA KOMEN NETIZEN TENTANG TEGURAN PELANGGAN KEPADA PENIAGA POPIA
“Setakat beli popia, tak perlu nak terasa.”
“Patut jerit terima kasih puan, siap tabik hormat.”
“Lebih manis kalau dia guna teknik gurau dalam teguran dia.”
“Panggilan je pun alahai.”
“Lepas ni nak panggil datin la.”
“Beli popia je kot, bukan fine dining ke apa.”
Kami berharap para peniaga sentiasa sabar melayan karenah pelanggan yang pelbagai rupa. Kita sepatutnya lebih santai dan tak perlu stres, lebih-lebih lagi jika umur sudah meningkat.
Semoga bermanfaat!
Sumber: rosizwanarifin
Baca juga: Netizen Malaysia Mengamuk, Juara Masterchef Indonesia Komen Nasi Kandar Rasa Berpasir
The post Pelanggan Marah Lelaki Jual Popia Sebab Panggil ‘Mak Cik’, Ini Respon Netizen appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan