Resipi Tauhu Crispy Goreng Pedas Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Buat Teringat-ingat!

Imej
https://ift.tt/4g6pmO2 Resepi tauhu goreng rangup pedas ini memang sedap dimakan panas panas. Rangup di luar dan lembut di dalam, ditambah pula dengan sos pedas manis yang beraroma. Memang membuka selera! Kalau suka gaya masakan Chinese style, boleh cuba resipi yang ringkas dan mudah disediakan ini. Bahan-bahan pun tidak banyak tetapi cukup untuk hasilkan rasa yang seakan makan di restoran. Baca juga:   Kak Yatie Ajar Cara Buat Tauhu Cireng Crispy, Dijamin Makan Licin Sekelip Mata! RESEPI TAUHU GORENG RANGUP PEDAS Bahan A (untuk ditumis): Bawang putih (dicincang) Cili flakes Cili padi (dihiris) Serbuk jintan manis Bahan B (untuk sos): Sos tiram Kicap cair Kicap pekat Cuka Gula Bahan C (hiasan dan penambah aroma): Daun bawang (dihiris) Daun ketumbar (dihiris) Cara penyediaan: Potong dan goreng tauhu hingga rangup. Ketepikan terlebih dahulu. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Masukkan bahan A ke dalam minyak panas dan tumis seketika sehingga baw...

Cekodok Pisang Simple, Bau Wangi Lepas Goreng Terus Teringat Suasana Dapur Nenek!

https://ift.tt/hHb9olP

cekodok pisang simple

Dari dulu sampai sekarang, cekodok tetap kekal sebagai kudapan pilihan di rumah. Lebih-lebih lagi dapat buat Cekodok Pisang simple, memang makan tak berhentilah jawabnya.

Nampak Cekodok Pisang, teringat suasana di dapur nenek atau mak pada waktu petang. Bau harum pisang ranum bercampur dengan bunyi minyak menggelegak, sungguh nostalgia.

Tak perlu pakai serbuk penaik sekalipun, anda tetap dapat buat kudapan sedap di rumah dengan resipi Cekodok Pisang simple oleh kualihelena di Instagram ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Simple, Tetap Rangup Di Luar & Lembut Berongga Di Dalam

RESIPI CEKODOK PISANG SIMPLE

cekodok pisang simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, lenyekkan pisang dalam bekas sampai hancur lumat.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan garam.

3. Selepas itu, gaul rata dan tak perlu tambah air.

4. Seterusnya, panaskan minyak dan jemput adunan dengan hujung jari.

*Tips: nak dapatkan cekodok yang rangup, pastikan jemput tak terlalu besar.

5. Kemudian, terbalikkan dan kacau dengan belakang sudip sampai cekodok berbentuk bulat.

6. Akhir sekali, goreng sampai keperangan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

cekodok pisang simple

Kuih ini paling nikmat apabila dimakan panas-panas bersama secawan teh O atau kopi. Selain itu, ia boleh juga dibuat sebagai bekal ke tempat kerja.

Bukan sekadar kuih biasa, tapi setiap kali makan Cekodok Pisang pasti membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak.  Buat sekali, pasti teringin nak makan lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: kualihelena

Baca juga: Resepi Cekodok Guna 4 Bahan Tanpa Telur, Sejam Lebih Pun Tetap Rangup

The post Cekodok Pisang Simple, Bau Wangi Lepas Goreng Terus Teringat Suasana Dapur Nenek! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan