Langkau ke kandungan utama

Daging Masak Kicap Chinese Style, Bau Wangi Dan Rasa Umami Yang Padu!

Imej
https://ift.tt/fC4gh6O Jika anda peminat masakan kicap yang beraroma, wajib cuba resipi Daging Masak Kicap Chinese Style yang mudah. Hidangannya ringkas, tapi penuh dengan rasa umami. Daging Masak Kicap Chinese Style sesuai untuk semua sampaikan kanak-kanak pun menyukainya sebab rasanya tak terlalu pedas. Senang cerita, lauk mudah ini memang memikat selera. Resipi Daging Masak Kicap Chinese Style oleh fatenayuni mendapat perhatian di media sosial kerana cara memasaknya sangat mudah dan semua orang boleh buat. Jom kita cuba! Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan! RESIPI DAGING MASAK KICAP MUDAH CHINESE STYLE Bahan-bahan: 400g hingga 500g daging batang pinang (dihiris nipis) 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos kicap manis 1 sudu besar sos kicap masin 1 sudu besar tepung jagung 2 hingga 3 ulas bawang putih (dicincang) 1 inci halia (dihiris) 1 hingga 2 biji cili merah (dihiris, pilihan) 3 sudu besar minyak...

Cara Buat Donat Tanpa Serap Minyak, Ikut Tips Ini Confirm Gebu Sampai Esok!

https://ift.tt/UF4YAay

cara buat donat gebu

Ramai yang selalu buat donat di rumah tapi mudah serap minyak dan jadi lembik apabila sejuk. Jangan tak tahu, sebenarnya ada cara buat donat gebu tanpa serap minyak.

Donat gebu yang lembut dan ringan memang jadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi apabila baru lepas digoreng. Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut menyukainya.

Dina Amalia Nordin telah kongsikan cara buat donat gebu di Facebook bersama beberapa tips yang boleh digunakan supaya hasilnya tak serap minyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!

CARA BUAT DONAT GEBU

cara buat donat gebu

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin (saya guna jenama Planta)

Bahan B:

  • ½ cawan air biasa atau suam
  • ½ paket yis
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buat adunan A dengan menggaulkan tepung gandum dan marjerin sampai jadi seperti serbuk roti.

2. Buat adunan B pula dengan mencampurkan air, yis, gula dan susu pekat sampai yis naik atau kembang.

3. Campur adunan A dan B.

4. Uli doh sampai tak melekat pada tangan lebih kurang dalam 15 hingga 20 minit (bahan B kena masuk sikit-sikit, jika kurang air boleh tambah air sikit-sikit).

5. Rehatkan doh dan tutup dengan kain lembab, kemudian biarkan naik sekali ganda.

6. Tumbuk buang angin dan uli lagi lebih kurang dalam 5 hingga 10 minit.

7. Boleh canai dan terap dengan acuan (letak sedikit tepung semasa canai supaya tak lekat dan ketebalan ikut suka, jika nak cepat habis, buat sedikit tebal).

8. Setelah siap, boleh panaskan minyak dan goreng.

9. Apabila agak-agak sudah kekuningan sebelah bawah, boleh terbalikkan. Nampak sudah elok kekuningan, terus angkat (jangan terbalik-balikkan donat semasa goreng). Siap untuk dinikmati!

cara buat donat gebu

Antara tips supaya donat tak serap minyak:

  • Jangan guna marjerin terlalu banyak (guna 1 sudu besar tak perlu penuh sangat, sedang-sedang saja).
  • Uli lama sedikit supaya nak bagi donat lembut.
  • Minyak kena betul-betul panas semasa goreng, kemudian jangan guna api terlalu besar atau kecil.
  • Masuk donat dalam minyak panas dan tunggu sampai sebelah bawah agak keperangan. Jika tak pasti, tolak dan angkat sedikit untuk intai. sikit intai.
  • Jika elok, terus terbalikkan. Kemudian, tunggu keperangan, terus angkat. Tak perlu terbalikkan banyak kali.
  • Guna chopstick supaya mudah nak angkat donat apabila sudah masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Dina Amalia Nordin

Baca juga: Resepi Donat Lembut Dan Gebu, Nak Pastikan Masak Elok Jangan Skip Langkah ‘Ini’

The post Cara Buat Donat Tanpa Serap Minyak, Ikut Tips Ini Confirm Gebu Sampai Esok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan