Langkau ke kandungan utama

Daging Masak Kicap Chinese Style, Bau Wangi Dan Rasa Umami Yang Padu!

https://ift.tt/fC4gh6O

daging masak kicap mudah

Jika anda peminat masakan kicap yang beraroma, wajib cuba resipi Daging Masak Kicap Chinese Style yang mudah. Hidangannya ringkas, tapi penuh dengan rasa umami.

Daging Masak Kicap Chinese Style sesuai untuk semua sampaikan kanak-kanak pun menyukainya sebab rasanya tak terlalu pedas. Senang cerita, lauk mudah ini memang memikat selera.

Resipi Daging Masak Kicap Chinese Style oleh fatenayuni mendapat perhatian di media sosial kerana cara memasaknya sangat mudah dan semua orang boleh buat. Jom kita cuba!

Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan!

RESIPI DAGING MASAK KICAP MUDAH CHINESE STYLE

daging masak kicap mudah

Bahan-bahan:

  • 400g hingga 500g daging batang pinang (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos kicap manis
  • 1 sudu besar sos kicap masin
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 hingga 2 biji cili merah (dihiris, pilihan)
  • 3 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu teh mushroom seasoning
  • 1 biji bawang holland (dipotong baji)
  • 2 batang daun bawang (dihiris)
  • Butter atau minyak untuk menumis
  • Serbuk perasa dan garam secukup rasa

Cara-cara masak:

1. Perap daging dengan sos tiram, sos kicap manis, sos kicap masin dan tepung jagung sekurang-kurangnya 2o minit.

2. Goreng daging sekejap, angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang putih, halia dan cili menggunakan butter atau minyak sehingga naik bau.

4. Masukkan mushroom seasoning, sos kicap manis, sos kicap masin, minyak bijan dan sos tiram. Kacau rata.

5. Masukkan semula daging yang telah digoreng, gaul hingga sebati dengan kuah.

6. Tambahkan daun bawang dan bawang holland, kacau sebentar.

7. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukup rasa. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Jika anda sedang mencari menu ringkas tapi sedap, jawapannya mestilah Daging Masak Kicap mudah. Paling penting, ia cepat dimasak dan memberi kelainan daripada masakan kicap biasa.

Selamat mencuba!

Sumber: fatenayuni

Baca juga: Daging Masak Merah Thai Beraroma, Lauk Mudah Tapi Sedapnya Luar Biasa

The post Daging Masak Kicap Chinese Style, Bau Wangi Dan Rasa Umami Yang Padu! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan