Rasa Nasi Goreng Kunyit Yang ‘Next Level’, Boleh Cuba Buat Di Rumah!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jika anda belum pernah buat resepi Nasi Goreng Kunyit sebelum ini, kami cadangkan anda mencubanya sekali seumur hidup kerana rasanya cukup berbeza dengan nasi goreng biasa.
Sudah namanya Nasi Goreng Kunyit, sudah semestinya ia menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Selain serbuk kunyit, anda boleh gunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
Resepi Nasi Goreng Kunyit yang dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook ini memang menarik untuk dicuba kerana ia tak menggunakan banyak bahan sama sekali. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi
RESEPI NASI GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
- 3 inci kunyit hidup
- 4 tangkai lada jarum (cili padi)
- 2 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Sejemput ikan bilis
- 2 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sayur kailan
- Sedikit minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, masukkan kunyit hidup, lada jarum, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dalam lesung batu dan tumbuk sampai hancur lumat.
2. Selepas itu, goreng sebiji telur dalam minyak yang panas, angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, boleh tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
4. Seterusnya, pecahkan sebiji telur dan hancurkan sampai sebati.
5. Masukkan sedikit gula dan garam, kemudian gaul sebati.
6. Setelah itu, masukkan nasi dan gaul sampai sebati lagi.
7. Akhir sekali, masukkan sayur kailan dan gaulkan. Siap untuk dihidang!
Warna kuning yang cantik pada Nasi Goreng Kunyit memberikan rasa dan aroma yang istimewa. Hidangkan bersama telur mata atau telur dadar, lebih bertambah lazatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman
Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!
The post Rasa Nasi Goreng Kunyit Yang ‘Next Level’, Boleh Cuba Buat Di Rumah! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan