Langkau ke kandungan utama

Resipi Kuetiau Goreng Seafood Anti Gagal, Confirm Tak Hancur & Berderai Cantik

Imej
https://ift.tt/QC97stz Kalau teringin makan kuetiau goreng seafood yang sedap macam di kedai, sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri di rumah. Dengan bahan yang ringkas dan cara masak yang betul, kuetiau goreng boleh jadi sangat padu, berempah dan cukup rasa. Resipi kuetiau goreng seafood ini sesuai untuk yang baru belajar memasak. Bahan-bahannya mudah didapati dan boleh diubah ikut selera masing-masing. Yang penting, ikut tip asas seperti tidak membasuh kuetiau dan menumis cili boh sehingga pecah minyak. Hasilnya, kuetiau goreng seafood yang lembut, beraroma dan penuh rasa. Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya! RESIPI KUETIAU GORENG SEAFOOD ANTI GAGAL Bahan-bahan: 1 pek kuetiau 1 ulas bawang merah (hiris) 1 ulas bawang putih (hiris) 2 biji telur Udang, sotong, ayam, kerang, fishcake (ikut pilihan) Tauge secukupnya Kucai secukupnya Sos cili 2 sudu besar Sos tomato 2 sudu besar Sos tiram 2 sudu besar Kicap man...

Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Pengguna Kini Boleh Baca Artikel Terus Dalam Aplikasi

https://ift.tt/YC7ea24

waktu solat malaysia

Aplikasi gaya hidup Islam terkemuka di bawah REV Media Group (REV), Waktu Solat Malaysia, terus memperkukuh peranannya sebagai rujukan digital umat Islam dengan memperkenalkan langganan tanpa iklan (No-Ads Subscription) dan ciri
artikel dalam aplikasi (In-App Article).

Inisiatif ini hadir sempena Ramadan 2026 dan hasil maklum balas pengguna yang mahukan pengalaman aplikasi yang lebih lancar, selamat serta fokus kepada keperluan rohani tanpa gangguan iklan.

Baca juga: Media Prima Lancar Peraduan ‘Bonanza Berkat’, Kumpul Keyword & Menang RM100 Duit Raya!

WAKTU SOLAT MALAYSIA PERKENAL LANGGANAN TANPA IKLAN PADA HARGA BERPATUTAN

Menerusi kemas kini terbaharu di App Store dan Play Store, pengguna kini boleh melanggan pelan tanpa iklan secara:

  • Bulanan: RM9.90
  • Suku Tahun (3 bulan): RM28 (RM9.33/bulan berbanding RM45)
  • Tahunan: RM108 (RM9/bulan berbanding RM180)

Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui pelan rangkaian telefon bimbit, FPX, e-dompet, kad kredit/debit serta perbankan DuitNow.

Selepas melanggan, pengguna boleh menikmati akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciriutama aplikasi termasuk waktu solat, al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan dan zikir semuanya tanpa iklan.

Lebih menarik, pelanggan turut menerima akses percuma ke platform penstriman Tonton tanpa iklan, merangkumi drama eksklusif, filem dan program TV keluaran Media Prima (TV3, TV9, 8TV), saluran premium (TVN, Animax, GEM) serta kandungan Korea.

Safwan Rahim, Pengurus Program OTT, REV berkata: “Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syak wasangka kandungan yang tidak sesuai.

Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.

Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan.”

PENGGUNA KINI BOLEH BACA TERUS ARTIKEL DALAM APLIKASI

waktu solat malaysia

Waktu Solat Malaysia turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article), membolehkan pengguna membaca sebahagian artikel terus di dalam aplikasi.

Untuk bacaan penuh, pengguna akan ditujukan terus ke portal rasmi www.waktusolat.digital.

Safwan menambah: “Ciri ini memudahkan pengguna mengakses pelbagai kategori artikel menarik merangkumi panduan ibadah, berita Islam, persoalan hukum, inspirasi serta gaya hidup Islam semuanya hanya di hujung jari tanpa perlu mencari di tempat lain.”

Baca juga: 200 Nasi Lemak Percuma Rai Kemenangan Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Paling Best Di Lembah Klang

The post Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Pengguna Kini Boleh Baca Artikel Terus Dalam Aplikasi appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!