Langkau ke kandungan utama

Resipi Kuetiau Goreng Seafood Anti Gagal, Confirm Tak Hancur & Berderai Cantik

https://ift.tt/QC97stz

kuetiau goreng seafood

Kalau teringin makan kuetiau goreng seafood yang sedap macam di kedai, sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri di rumah. Dengan bahan yang ringkas dan cara masak yang betul, kuetiau goreng boleh jadi sangat padu, berempah dan cukup rasa.

Resipi kuetiau goreng seafood ini sesuai untuk yang baru belajar memasak. Bahan-bahannya mudah didapati dan boleh diubah ikut selera masing-masing.

Yang penting, ikut tip asas seperti tidak membasuh kuetiau dan menumis cili boh sehingga pecah minyak. Hasilnya, kuetiau goreng seafood yang lembut, beraroma dan penuh rasa.

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

RESIPI KUETIAU GORENG SEAFOOD ANTI GAGAL

kuetiau goreng seafood

Bahan-bahan:

  • 1 pek kuetiau
  • 1 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 biji telur
  • Udang, sotong, ayam, kerang, fishcake (ikut pilihan)
  • Tauge secukupnya
  • Kucai secukupnya
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Kicap manis secukupnya
  • Kicap pekat/kicap mi secukupnya (dark soy sauce)
  • Kicap sotong secukupnya
  • Cili boh atau cili giling 1–2 sudu besar
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng sambil dihancurkan seperti scrambled egg. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
    Masukkan cili boh atau cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati sehingga kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan bahan lauk seperti udang, sotong, ayam, kerang dan fishcake. Masak hingga hampir masak.
  5. Masukkan kuetiau. Leraikan sahaja dan jangan basuh supaya kuetiau tidak hancur dan tidak berair.
  6. Tambahkan taugeh, kucai dan telur yang telah digoreng tadi.
  7. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan kicap sotong. Gaul rata dan laraskan mengikut warna dan rasa yang diinginkan.
  8. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Gaul hingga semua bahan sebati dan kuetiau masak sempurna.
  9. Tutup api dan kuetiau goreng seafood sedia dihidangkan.

Sumber: Thread @lisakamal

Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Thailand, Pekena Semangkuk Terus Tak Toleh Kiri Kanan!

The post Resipi Kuetiau Goreng Seafood Anti Gagal, Confirm Tak Hancur & Berderai Cantik appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!