Langkau ke kandungan utama

Peniaga Ini Bongkar Resipi Kuah Bolognese Hasil Jualannya, Kuah Merah Cantik & Pekat Elok

Imej
https://ift.tt/tFP4ckA Siapa sangka rahsia nak buat pasta yang sedap sebenarnya terletak pada kuah bolognese yang kita masak sendiri dengan teknik yang betul. Kalau kena gaya masaknya, memang padat dengan isi dan rasa pun seimbang, sampai anak-anak pun mesti minta tambah berkali-kali! Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resipi eksklusif daripada seorang peniaga yang digunakan di restorannya untuk jualan harian dan tempahan katering. Resipi ini sangat istimewa kerana menggunakan bahan segar seperti daging yang dicincang sendiri serta tomato panggang untuk aroma yang lebih memikat. Kah ini juga sangat sesuai dijadikan stok sejuk beku di rumah dalam bekas kecil. Masak sekali banyak, simpan dalam bekas kecil-kecil. Nanti bila nak makan cuma perlu defrost dan panaskan saja. Senang, cepat dan kualiti tetap macam baru masak! Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan! RESEPI KUAH BOLOGNESE HOMEMADE Bahan Utama: 3 kg daging pejal (hiri...

Resipi Inti Sardin Paling Sedap Untuk Sandwic, Ada Tip Elak Berminyak & Rasa Lebih Creamy!

https://ift.tt/jQ8VXC7

cara buat inti sardin

Kalau tengah cari cara buat inti sardin yang sedap dan mudah, resipi ini memang kena cuba. Sesuai sangat untuk dijadikan inti sandwich, roti bakar atau pau, bahan yang digunakan pun ringkas dan cepat disediakan. Tak perlu pening fikir menu, terutama bila nak sediakan sarapan atau bekal yang mengenyangkan.

Menu sardin memang antara penyelamat bila dalam keadaan sibuk atau bahan di dapur terhad. Dengan sedikit tambahan seperti cheese, telur dan mayonis, inti sardin boleh jadi lebih sedap, berlemak dan berkrim. Rasa pun lebih seimbang, tak terlalu hanyir dan lebih mesra selera semua peringkat umur.

Apa yang penting, cara masak kena betul supaya inti tak terlalu berminyak dan teksturnya elok bila dimakan dengan roti. Bila dapat inti yang cukup rasa dan tak lembik, memang puas hati makan. Sekali cuba, memang akan jadi menu ulang masak.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Telur Ringkas & Sedap, Menu Sarapan Cepat Yang Tak Pernah Jemu

CARA BUAT INTI SARDIN PALING SEDAP

cara buat inti sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz kecil)
  • 2 sudu besar cili kisar/boh
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit kicap
  • 1 keping cheddar cheese
  • 1 biji telur
  • Mayonis secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan sardin bersama sosnya. Gaul perlahan supaya isi ikan tidak terlalu hancur.
  3. Perasakan dengan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Kacau hingga sebati dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan sekeping cheddar cheese dan biarkan ia cair dalam inti sardin.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan seketika sebelum dikacau perlahan. Elakkan kacau terlalu kuat supaya masih ada tekstur dan tidak terlalu hancur.
  6. Masak hingga inti agak kering dan tidak terlalu berminyak. Ini penting supaya sandwich tidak lembik atau “huduh”.
  7. Tutup api dan biarkan inti sejuk sedikit. Kemudian campurkan mayonis untuk rasa lebih berlemak dan creamy.
  8. Inti sardin siap untuk digunakan bersama roti sandwich kegemaran.

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Puding Roti Sos Kastard Lembut & Berkrim, Sekali Suap Terus Jatuh Cinta!

The post Resipi Inti Sardin Paling Sedap Untuk Sandwic, Ada Tip Elak Berminyak & Rasa Lebih Creamy! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!