Langkau ke kandungan utama

Resipi Dalca Ayam & Sayuran Kegemaran Ramai, Kuah Pekat Berempah Yang Takkan Mengecewakan!

Imej
https://ift.tt/7SIVUPo Resepi dalca ayam dan sayur sebenarnya sangat mudah kalau nak cuba buat sendiri di rumah. Bukan sahaja sedap, malah penuh dengan rempah yang wangi dan kuah pekat yang memikat selera. Dalca ini sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi beriani, nasi putih, roti, roti canai atau boleh diratah begitu sahaja kalau rasa lapar. Kalau suka pedas, boleh tambah cili api. Nak lagi berkrim, boleh lebihkan santan. Semua boleh diubah mengikut selera masing-masing. Baca juga: Nasi Beriani Ayam Yang Memikat Selera, Aromanya Sampai Terbang Ke Rumah Jiran! RESEPI DALCA AYAM DAN SAYUR Bahan Ayam & Sayur: 1 ekor ayam (dipotong 16 atau ikut suka, cuci dengan tepung) 2 cawan kacang dal (direndam 1 jam, direbus separuh empuk) 2 biji terung (dipotong 8) 10 batang kacang panjang (dipotong 1 inci) 1 batang lobak merah (dipotong jejari 1 inci) 3 biji kentang (dipotong 6 tiap satu) 2 batang cili besar merah (dipotong 3) 2 batang cili besar hijau (dipotong 3) 10 biji ci...

Resipi Ayam Berlado Belacan Yang Memikat Selera, Menu Simple Tapi Boleh Buat Tambah Nasi!

https://ift.tt/jLxFT7H

ayam berlado belacan

Resipi ayam berlado ini antara hidangan yang mudah tapi penuh rasa, pedasnya boleh buat berpeluh, tapi wangi serai dan belacan bakar pula buat bertambah nasi.

Kalau nak rasa yang lebih “kick” dan padu, boleh tambahkan kuatiti cili padi mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Resipi ini juga cepat disediakan, dalam masa 20-30 minit pun dah boleh siap. Rasa pedas tapi ada sedikit manis dan aroma wangi dijamin buat semua orang di meja makan terliur.

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

RESIPI AYAM BERLADO BELACAN

ayam berlado belacan

Bahan ayam & bahan utama:

  • 500g ayam (digoreng separuh masak)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 inci belacan (dibakar & blend bersama bahan kisar)
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan kisar kasar:

  • 10 biji cili merah besar
  • 5-10 biji cili padi (ikut tahap pedas yang disukai)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan yang dibakar (masuk terus blend sekali)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai yang diketuk hingga naik bau dan pecah minyak. Aroma pedas dan wangi serai mesti dah buat perut berkeroncong.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau rata supaya rasa manis masin dari sos tiram sebati dengan sambal.
  3. Masukkan ayam goreng separuh masak. Gaul rata supaya ayam terbalut dengan sambal dan serap semua rasa.
  4. Masak sehingga sambal melekat cantik pada ayam dan pecah minyak. Pastikan sambal tidak hangus, tapi cukup untuk bagi rasa pedas manis dan wangi belacan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas serta hirisan timun. Siap! Mudah dan cepat, tapi rasanya power!

Sumber: Bebelan Cik Min

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Pedas Rangup, Resipi Ringkas Tapi Aroma Menggoda

The post Resipi Ayam Berlado Belacan Yang Memikat Selera, Menu Simple Tapi Boleh Buat Tambah Nasi! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!