Langkau ke kandungan utama

Resipi Dalca Ayam & Sayuran Kegemaran Ramai, Kuah Pekat Berempah Yang Takkan Mengecewakan!

https://ift.tt/7SIVUPo

resepi dalca ayam

Resepi dalca ayam dan sayur sebenarnya sangat mudah kalau nak cuba buat sendiri di rumah. Bukan sahaja sedap, malah penuh dengan rempah yang wangi dan kuah pekat yang memikat selera.

Dalca ini sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi beriani, nasi putih, roti, roti canai atau boleh diratah begitu sahaja kalau rasa lapar.

Kalau suka pedas, boleh tambah cili api. Nak lagi berkrim, boleh lebihkan santan. Semua boleh diubah mengikut selera masing-masing.

Baca juga: Nasi Beriani Ayam Yang Memikat Selera, Aromanya Sampai Terbang Ke Rumah Jiran!

RESEPI DALCA AYAM DAN SAYUR

resepi dalca ayam

Bahan Ayam & Sayur:

  • 1 ekor ayam (dipotong 16 atau ikut suka, cuci dengan tepung)
  • 2 cawan kacang dal (direndam 1 jam, direbus separuh empuk)
  • 2 biji terung (dipotong 8)
  • 10 batang kacang panjang (dipotong 1 inci)
  • 1 batang lobak merah (dipotong jejari 1 inci)
  • 3 biji kentang (dipotong 6 tiap satu)
  • 2 batang cili besar merah (dipotong 3)
  • 2 batang cili besar hijau (dipotong 3)
  • 10 biji cili api (ikut suka, tak perlu dipotong)
  • 2 biji tomato separuh masak (dipotong 4)

Bahan Rempah & Santan:

  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 kiub ayam
  • 2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawa
  • 8 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar gula perang (atau secukup rasa)
  • 1 sudu besar garam (atau secukup rasa)
  • ½ cawan minyak untuk menumis

Bahan Tumis:

  • 3 pelepah daun kari
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dengan api kecil selama 2 minit sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili kering kisar, masak hingga pecah minyak lagi.
  4. Masukkan rempah kari daging, kacau rata 2 minit.
  5. Masukkan kiub ayam, asam keping dan ayam, kacau rata selama 2 minit.
  6. Tuang santan cair, masak hingga ayam separuh empuk.
  7. Masukkan kacang dal, lobak merah dan kentang. Tutup periuk, masak 3 minit.
  8. Masukkan kacang panjang, terung dan semua cili, masak lagi 3 minit.
  9. Tuang santan pekat dan tomato. Masak hingga kuah mendidih.
  10. Perasakan dengan gula perang dan garam. Jika kuah terlalu pekat, tambah air panas secukupnya.
  11. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Haninah Salim

Baca juga: Resipi Roti Canai Lembut & Tak Liat, Lengkap Dengan Kuah Dal Pekat Yang Dijamin Puas Hati!

The post Resipi Dalca Ayam & Sayuran Kegemaran Ramai, Kuah Pekat Berempah Yang Takkan Mengecewakan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!