Langkau ke kandungan utama

Resipi Mihun Goreng Tomyam Lembut & Tak Hancur, Semua Yang Makan Mintak Tambah Lagi!

Imej
https://ift.tt/KZS1Yni Kadang-kadang bila bosan makan bihun goreng biasa, teringin pula nak rasa sesuatu yang lebih ‘kick’ dan berempah. Ha, apa kata jom cuba mihun goreng tomyam ini pula! Rasa masam, pedas, dan sedikit manis ala-ala tomyam memang buat selera terus terbuka. Sangat sesuai sangat kalau nak masak cepat untuk sarapan, makan tengah hari atau hidangan ringkas waktu malam. Boleh campak apa saja bahan seafood atau lauk yang ada dalam peti. Mudah, jimat dan sedap! Jangan lupa cuba ya! Baca juga: Resepi Bakso Daging Homemade, Tekstur Kenyal & Tak Perlu Risau Bau Hamis RESIPI MIHUN GORENG TOMYAM Bahan-bahan: Bihun secukupnya (rendam hingga lembut) 3 ulas bawang putih (dihiris) 2 ulas bawang merah (dihiris) 2 biji cili merah (dihiris) 2 biji cili hijau (dihiris) 1–2 sudu besar cili boh 1 kiub tomyam Udang secukupnya Sotong secukupnya Fish cake (dihiris) Tauhu (digoreng dan dipotong) 1 batang lobak merah (dipotong halus) Daun kucai secukupnya 2 biji telur...

Cara Buat Tauhu Begedil Meletup, Sos Pedas Pekat Rahsia Sedap Sampai Jual 400 Biji Sehari

https://ift.tt/Xt5M4VI

cara buat tauhu begedil

Cara buat tauhu begedil yang betul sebenarnya bukan pada inti sahaja, tetapi pada sos pedas pekat yang buat orang makan sekali terus rasa nak lagi.

Perkongsian ini datang daripada seorang peniaga sendiri yang pernah hasilkan sehingga 400 biji tauhu begedil dalam satu masa, dan paling menarik, resipi ini memang sesuai kalau nak mula berniaga dari rumah.

Kalau anda sedang cari cara buat tauhu begedil sedap, padu dan berbaloi, ini antara resipi yang wajib cuba.

Baca juga: Cara Goreng Tauhu Supaya Tak Melekat Pada Kuali, Hasil Garing Elok & Tak Hancur!

CARA BUAT TAUHU BEGEDIL, RAHSIA SEBENAR PADA SOS

cara buat tauhu begedil

Ramai tak tahu, kekuatan tauhu begedil sebenarnya terletak pada sos.

Sos ini konsepnya pedas manis, pekat dan ‘melekat’, jenis yang buat orang makan walaupun pedih. Lagi pedas, lagi sedap.

RESIPI SOS TAUHU BEGEDIL PEKAT BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 500g cili kering (pilih paling pedas)
  • 15–21 biji cili merah
  • 1 labu bawang putih
  • ½ botol sos manis ABC (saiz besar)
  • Kicap manis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bijan (disangai)

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus cili kering sampai lembut.

2. Kisar cili kering bersama cili merah dan bawang putih.

3. Masak bahan kisar hingga hilang bau cili.

4. Masukkan sos manis dan sedikit kicap manis.

5. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera.

6. Masak sehingga sos betul-betul pekat.

7. Masukkan bijan dan kacau sebati.

8. Sejukkan sebelum simpan.

Tip penting:

  • Masak selama 2–3 jam untuk rasa lebih padu.
  • Lagi lama masak, lagi ‘naik minyak’ dan sedap.
  • Boleh simpan lama dalam peti ais.

CARA BUAT TAUHU BEGEDIL INTI PADAT BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 5kg kentang
  • 1 layer daging cincang
  • Lada hitam
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Tauhu kering / tauhu pok

Cara-cara penyediaan inti:

1. Goreng kentang dan lenyek halus.

2. Masak daging cincang dengan lada hitam hingga kering.\3. Campurkan kentang dengan daging.

3. Masukkan garam, bawang goreng dan daun sup.

4. Gaul hingga sebati.

Cara-cara penyediaan tauhu begedil:

1. Keluarkan isi tauhu.

2. Isi penuh dengan adunan begedil.

3. Padatkan supaya tak mudah pecah.

4. Sedia untuk digoreng.

Cara Menggoreng Tauhu Begedil Rangup

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung kastard

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul telur bersama garam dan tepung kastard.

2. Celup tauhu dalam bancuhan telur.

3. Goreng hingga keemasan.

4. Angkat dan toskan.

Tip Berniaga Tauhu Begedil (Ramai Tak Kongsi)

  • Boleh hasilkan sehingga 400 biji sekali buat
  • Anggaran 8 biji untuk 1 pax
  • Tauhu boleh frozen dan tahan lama
  • Sos wajib buat awal (lagi lama, lagi sedap)

Kenapa Resipi Ini Jadi Rebutan?

  • Sos pedas pekat luar biasa
  • Inti penuh, tak kedekut bahan
  • Rasa seimbang pedas, manis dan berempah
  • Sesuai makan sendiri atau jualan

Kalau anda serius nak belajar cara buat tauhu begedil yang boleh jadi punca pendapatan, resipi ini memang berbaloi untuk dicuba.

Konsep paling penting, apa yang kita makan, itulah yang pelanggan akan dapat. Jangan kedekut bahan, baru orang akan datang balik.

Selamat mencuba!

Sumber: Shafinie Mokhtar

Baca juga: Resepi Begedil Kentang Simple Yang Mak-Mak Suka Buat, Guna 5 Bahan Saja

The post Cara Buat Tauhu Begedil Meletup, Sos Pedas Pekat Rahsia Sedap Sampai Jual 400 Biji Sehari appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!