Langkau ke kandungan utama

Resepi Nasi Arab Mandy Simple & Wangi, Mudah Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Susah

Imej
https://ift.tt/XMEeKJc Siapa kata nak makan Nasi Arab Mandy mesti susah atau mahal? Dengan resepi nasi arab mandy ini, anda boleh masak sendiri di rumah, jimat tapi tetap wangi dan sedap. Bahan-bahannya mudah saja nak cari, sesuai untuk sesiapa yang nak hidangan cepat tapi memuaskan. Resepi ini juga sesuai untuk buat ayam yang rangup di luar tapi lembut di dalam. Dengan beberapa langkah simple, anda boleh hasilkan nasi Arab Mandy ala restoran tanpa perlu keluar rumah. Baca juga: Nasi Minyak Sedap Sukatan Mudah, Uniknya Letak Pati Oren & Gula Batu Terus Jadi Lebih Harum! RESEPI NASI ARAB MANDY SIMPLE Bahan-bahan: Beras basmathi Ayam (boleh guna kaki ayam atau ayam biasa) Bawang besar, dihiris Lada hijau Buah pelaga Saffron atau serbuk kunyit sebagai pengganti Sedikit garam Cara-cara penyediaan: 1. Masukkan beras ke dalam periuk atau periuk nasi. 2. Tambahkan air rebusan ayam, bawang, lada hijau dan buah pelaga. 3. Masak nasi sehingga empuk dan wangi. Cara-cara ...

Resipi Mihun Goreng Tomyam Lembut & Tak Hancur, Semua Yang Makan Mintak Tambah Lagi!

https://ift.tt/KZS1Yni

mihun goreng tomyam

Kadang-kadang bila bosan makan bihun goreng biasa, teringin pula nak rasa sesuatu yang lebih ‘kick’ dan berempah. Ha, apa kata jom cuba mihun goreng tomyam ini pula!

Rasa masam, pedas, dan sedikit manis ala-ala tomyam memang buat selera terus terbuka. Sangat sesuai sangat kalau nak masak cepat untuk sarapan, makan tengah hari atau hidangan ringkas waktu malam.

Boleh campak apa saja bahan seafood atau lauk yang ada dalam peti. Mudah, jimat dan sedap! Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Resepi Bakso Daging Homemade, Tekstur Kenyal & Tak Perlu Risau Bau Hamis

RESIPI MIHUN GORENG TOMYAM

mihun goreng tomyam

Bahan-bahan:

  • Bihun secukupnya (rendam hingga lembut)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 1–2 sudu besar cili boh
  • 1 kiub tomyam
  • Udang secukupnya
  • Sotong secukupnya
  • Fish cake (dihiris)
  • Tauhu (digoreng dan dipotong)
  • 1 batang lobak merah (dipotong halus)
  • Daun kucai secukupnya
  • 2 biji telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air panas secukupnya
  • Tauge (masukkan akhir sekali untuk kekal rangup)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili boh dan kiub tomyam. Kacau hingga pecah minyak dan kuah nampak sedikit pekat.
  3. Masukkan udang, sotong, fish cake dan tauhu goreng. Gaul dan masak hingga semua bahan masak sempurna.
  4. Masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata bersama bahan tumisan. Jika bihun masih keras, boleh tambah sedikit air panas.
  5. Masukkan lobak merah dan daun kucai. Gaul lagi hingga sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
  7. Akhir sekali, pecahkan telur ke dalam kuali dan gaul hingga telur masak dan bersalut pada bihun.
  8. Jika suka, masukkan tauge di akhir sekali dan gaul sekejap sahaja supaya kekal rangup.

Sumber: Roswati Mohamed Addnan

Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji

The post Resipi Mihun Goreng Tomyam Lembut & Tak Hancur, Semua Yang Makan Mintak Tambah Lagi! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!