Cara Buat Semperit Klasik Guna Acuan Legend, Hasilnya Gebu Dan Cair Di Mulut!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Biskut semperit klasik merupakan antara biskut klasik yang tidak pernah lapuk dek zaman. Setiap kali musim perayaan, biskut ini pasti menjadi pilihan kerana rasanya yang lemak, manis sederhana dan teksturnya yang rapuh serta cair di mulut.
Menariknya, resipi semperit ini sangat mudah dibuat kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas yang biasa ada di dapur. Prosesnya juga tidak rumit, cuma perlu gaul bahan hingga menjadi doh, tekan menggunakan acuan dan bakar hingga masak.
Jika anda sedang mencari resipi biskut raya yang ringkas tetapi sedap, boleh cuba resipi semperit klasik ini. Taburkan manik gula atau coklat rice di atasnya untuk menjadikan rupa biskut lebih menarik.
Baca juga: Tak Perlu Oven! Ini 7 Resipi Biskut Raya Tanpa Bakar Paling Senang & Sedap
RESEPI BISKUT SEMPERIT KLASIK

Bahan A:
- 250 gram butter
- 90 gram gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan B:
- 100 gram tepung kastad
- 100 gram tepung jagung
- 225 gram tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
Bahan hiasan:
- Manik gula halus atau coklat rice
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan butter dan gula aising ke dalam bekas. Gaul sehingga sebati dan lembut.
- Tambahkan kuning telur dan esen vanila. Gaul lagi sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan semua bahan B iaitu tepung kastad, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras.
- Gaul sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk.
- Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekan di atas loyang yang dialas dengan kertas pembakar.
- Taburkan manik gula halus atau coklat rice di atas biskut sebagai hiasan.
- Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak. Masa pembakaran bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Sumber: Suhaila Fadzilah
Baca juga: Resipi Biskut Kelapa Legend Yang Rangup & Mudah Dibuat, Terubat Rasa Dulu-Dulu Yang Dirindui
The post Cara Buat Semperit Klasik Guna Acuan Legend, Hasilnya Gebu Dan Cair Di Mulut! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan