Langkau ke kandungan utama

Resipi Ayam Mangga Bersos Masam Manis Pedas, Ratah Saja Pun Dah Puas Hati!

Imej
https://ift.tt/cnSWJoQ Resepi ayam mangga ini memang sedap dan boleh makan begitu saja sebab rasanya sebab rasanya lengkap masam, manis dan pedas dalam satu hidangan. Kalau ada yang nak cuba menu lain daripada biasa, resipi ini memang sesuai dijadikan pilihan. Ringkas saja cara buatnya, tapi hasilnya memang padu. Keunikan resipi ayam mangga ini terletak pada sosnya. Mangga masak yang diparut memberi rasa segar, manakala campuran sos cili, sos tomato dan sedikit madu atau gula menjadikan kuah lebih pekat dan berkilat. Ditambah pula dengan cili padi dan daun ketumbar, rasanya jadi lebih menaik dan tidak muak. Baca juga: Resipi Sup Ayam Bombay Ini Lain Dari Biasa, Guna Minyak Sapi Lebih Wangi & Padu! RESEPI AYAM MANGGA MASAM MANIS PEDAS Bahan perapan ayam: Isi dada ayam Tepung goreng ayam (apa-apa jenama boleh) Bahan sos: ½ biji bawang besar* 2 ulas bawang putih* 3–4 biji cili padi* Akar ketumbar* 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar madu atau ...

Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur!

https://ift.tt/KNvqaAw

resipi kerabu ikan bilis

Resipi kerabu ikan bilis ini salah satu menu yang ringkas tapi mampu membangkitkan selera sesiapa saja yang menikmatinya.

Gabungan rasa masam, pedas dan keriuk rangup ikan bilis goreng ini memang buat ketagih, lebih-lebih lagi jika dimakan dengan nasi putih panas.

Bulan puasa pun dah tak lama, kalau makan waktu sahur atau berbuka puasa pun sangat sesuai!

Baca juga: Resipi Sambal Kering Ikan Bilis Kacang Rangup, Boleh Buat Stok Untuk Makan Sahur!

RESIPI KERABU IKAN BILIS RANGUP

resipi kerabu ikan bilis

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (digoreng rangup)
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Serai (dihiris nipis)
  • Bunga kantan (dihiris nipis)
  • Cili padi (dihiris nipis)
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan satu bekas besar, masukkan ikan bilis yang telah digoreng rangup terlebih dahulu.
  2. Seterusnya, masukkan semua bahan yang telah dihiris nipis iaitu bawang merah, serai, bunga kantan dan cili padi.
  3. Gunakan sudu atau sudip, gaulkan semua bahan tadi dengan sekata.
  4. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis mengikut selera anda untuk rasa yang lebih segar.
  5. Setelah semuanya sebati, kerabu ikan bilis rangup kini siap untuk dihidangkan!

Tips: Pastikan anda mencampurkan ikan bilis sejurus sebelum makan supaya kerangupan tetap terjaga dan tidak lemau akibat jus limau.

Sumber: Khazinatulasrar Anis

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Goreng Berlada, Dah Gaul Sambal Pun Tetap Rangup & Tak Lemau!

The post Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan