Langkau ke kandungan utama

Rahsia Buat Mi Kari Yang ‘Berhantu’ Sedapnya, Kuah Pekat & Bahan-Bahan Meriah!

Imej
https://ift.tt/UhfCoSZ Kalau anda sedang mencari menu yang mudah tetapi menyelerakan, resepi mee kari sedap ini memang pilihan tepat. Dengan kuah pekat berperisa rempah wangi dan bahan-bahan yang meriah, ia boleh jadi hidangan istimewa untuk berbuka puasa atau dijadikan sajian hari raya. Anda boleh tambah ayam, udang, fish ball atau tofu kering untuk menjadikannya lebih lengkap dan memikat selera. Jom cuba! Baca juga: Resipi Bakso Simple Tapi Kuahnya Padu, Semua Yang Makan Terus Puji Sedap! RESEPI MEE KARI SEDAP Bahan-bahan untuk kuah: 3 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Halia sebesar ibu jari Segenggam ikan bilis (tips untuk kuah lebih sedap) Cara-cara penyediaan kuah: Kisar semua bahan kisar sehingga halus. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan blend sehingga kekuningan dan wangi. Masukkan 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga). Masukkan rempah kari ikan dan rempah kari daging (nisbah separuh-separuh), serta sedikit cili kisar un...

Peniaga Di Labuan Buat Ramai Kagum, Makanan Dijual Siap Ada Label Macam Barang Pasar Raya!

https://ift.tt/LCeuykx

peniaga kecil

Peniaga kecil di Labuan ini menjadi sebutan ramai apabila tampil dengan cara berniaga yang lebih teratur dan profesional. Setiap juadah yang dijual bukan sahaja dibungkus kemas, malah siap dengan label maklumat lengkap seperti produk di pasar raya.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Jabatan Kesihatan WP Labuan dan terus menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Baca juga: Jangan Guna Istilah ‘Buffet Ramadan’ Jika Tiada Sijil Halal, Peniaga Boleh Didenda Sehingga RM500,000

PENIAGA KECIL LABUAN BUAT RAMAI KAGUM DENGAN LABEL LENGKAP

peniaga kecil

Kalau sebelum ini kita biasa beli kuih atau lauk di gerai tanpa sebarang maklumat terperinci, kali ini berbeza. Setiap bungkusan makanan disertakan label yang memaparkan:

  • Nama dan alamat pembekal
  • Nombor telefon
  • Tarikh penyediaan
  • Senarai bahan ramuan
  • Waktu selamat untuk dimakan

Nampak seperti perkara kecil, tetapi impaknya besar. Ramai netizen menyamakan inisiatif ini dengan standard produk di pasar raya kerana maklumatnya jelas dan tersusun.

INFO RINGKAS YANG BUAT PELANGGAN LEBIH YAKIN

peniaga kecil

Apa yang turut menarik perhatian ialah pesanan pada label supaya pembeli memeriksa dahulu makanan sebelum dimakan, lihat, hidu dan rasa. Pesanan mudah ini sebenarnya sangat penting bagi memastikan juadah masih dalam keadaan baik.

Dalam masa sama, senarai ramuan yang dinyatakan juga membantu mereka yang mempunyai alahan makanan untuk membuat pilihan yang lebih selamat.

USAHA KECIL, KESAN BESAR

Walaupun berskala kecil, pendekatan ini menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan makanan dan kepercayaan pelanggan. Bukan sekadar menjual, tetapi benar-benar menjaga kualiti dan ketelusan.

Ramai berharap langkah seperti ini dapat dicontohi oleh lebih banyak peniaga lain. Kadang-kadang perkara yang nampak kecil inilah yang membuatkan pelanggan rasa lebih dihargai dan yakin untuk membeli lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Baca juga: Letak Paket Minyak Dalam Kuali Panas, Wanita Dedah Sisi Gelap Peniaga Yang Tak Ramai Tahu!

The post Peniaga Di Labuan Buat Ramai Kagum, Makanan Dijual Siap Ada Label Macam Barang Pasar Raya! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!