Langkau ke kandungan utama

Resipi Sambal Tempoyak Gabungan Udang & Petai, Makan Nasi Sepinggan Confirm Tak Cukup!

https://ift.tt/gYpMdBQ

cara buat sambal tempoyak

Cara buat sambal tempoyak udang petai ini tidaklah serumit yang disangka. Menu ini cukup popular dalam kalangan pencinta masakan kampung kerana rasanya yang masam lemak dan pedas.

Gabungan tempoyak bersama udang dan petai memang serasi, menjadikan hidangan ini sangat menyelerakan dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.

Jika anda sedang mencari cara buat sambal tempoyak yang sedap, tak terlalu rumit dan menjadi, resipi ini boleh dijadikan rujukan. Bahan-bahannya ringkas dan cara memasak pun mudah.

Baca juga: Resipi Udang Goreng Masak Ala Thai ‘Padu’, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu

CARA BUAT SAMBAL TEMPOYAK UDANG & PETAI

cara buat sambal tempoyak

Bahan-bahan:

  • 500 g udang
  • 1½ mangkuk kecil tempoyak
  • 1 mangkuk isi petai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 8–10 tangkai cili padi
  • 3 biji cili besar merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan tempoyak, kemudian kacau hingga sambal menjadi pekat dan wangi.
  3. Jika sambal terlalu pekat, boleh tambah sedikit air sahaja.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Pastikan rasa seimbang.
  5. Masukkan isi petai dan gaul selama kira-kira 2 minit supaya petai hilang rasa mentah dan menyerap sambal.
  6. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul dengan cepat sehingga udang bertukar warna merah.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tip: Elakkan menambah air terlalu banyak supaya sambal melekat elok pada petai dan udang.

Sumber: Sadie Said

Baca juga: Cara Masak Kari Udang Yang Pekat Dan Wangi, Punyalah Sedap Sampai Teringat-Ingat!

The post Resipi Sambal Tempoyak Gabungan Udang & Petai, Makan Nasi Sepinggan Confirm Tak Cukup! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan