Langkau ke kandungan utama

Resipi Masak Lemak Putih Umbut Kelapa, Lauk Kampung ‘Rare’ Yang Memikat Selera!

Imej
https://ift.tt/FsHdQur Umbut kelapa ialah bahagian pucuk lembut pokok kelapa yang lazim digunakan dalam masakan tradisional Melayu, terutamanya di kawasan kampung. Bahan ini biasanya diperoleh apabila pokok kelapa tua ditebang dan dianggap antara hasil alam yang semakin jarang ditemui. Menurut rujukan masakan tradisional, umbut ini mempunyai rasa manis semula jadi serta tekstur rangup. Disebabkan rasanya yang lembut dan segar, ia selalunya dimasak secara ringkas supaya keenakan asal tidak hilang. Masak lemak putih merupakan antara cara paling sesuai untuk menikmati umbut kelapa. Gabungan santan dan bahan kisar yang minimum menghasilkan hidangan berlemak, ringan dan menyelerakan, sekali gus mengekalkan rasa asli umbut itu sendiri. Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Goreng Garing, Biasa Buat Sumbat Tapi Versi Ini Sedap Juga! RESIPI MASAK LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA Bahan-bahan: Umbut kelapa, dihiris halus Bahan tumbuk: Sebiji bawang besar (resipi asal guna 4 biji bawang merah) 2 u...

Resepi Kerepek Peria Rangup Tanpa Rasa Pahit, Bahan Mudah, Sedap & Confirm Tak Stop Makan!

https://ift.tt/G0ObhJ5

resepi kerepek peria rangup

Ramai tak tahu, peria sebenarnya boleh jadi kerepek yang sangat rangup, sedap dan langsung tak pahit. Kalau anda sedang cari resepi Kerepek Peria rangup yang mudah dibuat dan hasilnya memang menjadi setiap kali, ini adalah resipi yang wajib cuba.

Bahan ringkas, teknik mudah dan paling penting, semua peringkat umur boleh makan, termasuk yang langsung tak suka peria!

Baca juga: Cara Mudah Hilangkan Pahit Peria Dengan 3 Bahan, Rangup Dan Sedap Dimakan!

RESEPI KEREPEK PERIA RANGUP

resepi kerepek peria rangup

Bahan-bahan:

  • Peria biasa
  • Tepung goreng serbaguna – 1 kg
  • Tepung beras – ½ kg
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan peria

  • Ambil peria biasa.
  • Kalau saiz besar/gemuk, belah dua dulu.
  • Sagat nipis sehingga menjadi kepingan halus.
  • Tak perlu basuh peria.
  • Jika berair, perah sedikit untuk buang lebihan air.

2. Salut dengan campuran tepung

  • Campurkan 1 kg tepung goreng serbaguna + ½ kg tepung beras.
  • Gaul peria hingga bersalut rata.
  • Ayak/goncang lebihan tepung supaya tak melekat berdebu.

3. Goreng hingga betul-betul rangup

  • Panaskan minyak banyak.
  • Goreng peria sehingga keemasan, kering dan garing.
  • Toskan minyak.

4. Sejukkan

  • Berat siap anggaran ±245g untuk satu batch.
  • Pastikan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.

Tip Untuk Kerepek Peria Lebih Garing

  • Minyak mesti betul-betul panas sebelum menggoreng.
  • Jangan masukkan peria terlalu banyak sekali gus.
  • Kalau nak pedas, guna tepung goreng serbaguna perisa pedas
  • Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk.

Kalau anda nak buat kudapan homemade atau nak cuba bisnes kecil-kecilan, resepi Kerepek Peria rangup memang berbaloi. Bahan mudah, cara ringkas, dan rasa yang tak pahit buatkan ramai suka.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizah Ishak

Baca juga: Kerepek Pisang Gula, Petua Orang Lama Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Lebih Sedap!

The post Resepi Kerepek Peria Rangup Tanpa Rasa Pahit, Bahan Mudah, Sedap & Confirm Tak Stop Makan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan