Resepi Ikan Celup Tepung Rangup, Bancuhan Senang & Tepung Melekat Cantik!

Nampak macam lauk ringkas, tapi tak semua orang berjaya hasilkan ikan goreng bersalut tepung yang betul-betul rangup. Sebab itu, ramai yang cuba cari resepi Ikan Celup Tepung yang senang dibuat.
Ada yang tepung tertanggal semasa goreng, ada juga yang jadi lembik dan serap minyak. Masalah ini selalunya berpunca daripada bancuhan yang tak kena atau minyak yang belum cukup panas.
Kalau anda sedang cari resepi Ikan Celup Tepung yang pasti jadi, boleh ikut cara oleh Yusma Mustafa. Caranya ringkas dan hasil rangup cantik walaupun baru pertama kali masak. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Masak Singgang Cara Mak-Mak, Kuah Cukup Ringan Menggoda!
RESEPI IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:
- Ikan (dibersihkan, tos dan keringkan air)
- 1 cawan tepung beras
- ⅓ cawan tepung kastard
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil kapur makan
- 2 titis pewarna kuning
- Sedikit garam
- Air secukupnya
*Cadangan ikan: ikan selayang atau ikan kembung kerana isinya manis dan cepat masak.
Cara-cara memasak:
1. Satukan semua bahan bertanda dalam satu bekas besar.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan tepung.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
*Tip mudah: bila ikan dicelup dan tepung melekat cantik, itu tandanya adunan sudah sempurna.
4. Celup ikan ke dalam bancuhan tepung.
5. Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
6. Goreng ikan secara deep fry (minyak tenggelam) dengan api sederhana.
7. Angkat bila ikan berwarna kuning keemasan dan rangup.
Tips supaya ikan celup tepung jadi lebih sedap:
- Ikan mesti kering sebelum dicelup untuk elakkan tepung tertanggal.
- Jangan goreng dengan api besar, nanti cepat hangus tapi isi belum masak.
- Kapur makan membantu hasilkan tekstur lebih rangup dan ringan.
- Minyak mesti cukup panas sebelum menggoreng.
Resepi Ikan Celup Tepung memang sesuai dibuat waktu petang kerana ikan cepat masak dan tak perlu perapan lama. Bila digoreng, tepung melekat elok dan rangup walaupun selepas sejuk sedikit.
Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Resepi Sotong Celup Tepung Rangup, Ada Tips Tepung Melekat Elok & Tak Tanggal Semasa Goreng!
The post Resepi Ikan Celup Tepung Rangup, Bancuhan Senang & Tepung Melekat Cantik! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan