Kerang Rebus Ala Thai Pedas Masam, Sekali Cuba Terus Tak Berhenti Makan Sebab Tak Cukup!

Kalau anda merupakan peminat hidangan Kerang Rebus Ala Thai, resipi ini memang wajib masuk dalam senarai. Gabungan rasa masam, manis dan pedas yang segar membuatkan setiap suapan terasa menyelerakan, lebih-lebih lagi bila dimakan ketika cuaca panas atau sebagai pembuka selera.
Cara buat Kerang Rebus Ala Thai sangat ringkas, tak perlukan bahan yang rumit dan boleh disediakan dalam masa singkat. Resipi ini dikongsikan oleh Rozana Hashim AsSalihin dan hasilnya memang padu, kerang kekal manis, sambal beraroma dan tidak muak.
Baca juga: Tips Rebus Kerang Sepantas 3 Minit, Isi Tak Mengecut, Kekal Pejal & Manis!
RESIPI KERANG REBUS ALA THAI

Bahan-bahan:
- Kerang
- Air secukupnya untuk merebus
Bahan sambal belacan:
- Cili besar
- Cili kecil (ikut tahap kepedasan)
- Belacan
Bahan air asam dan hiasan:
- Air asam jawa
- Bawang merah besar (dipotong dadu)
- Tomato (dipotong dadu)
- Daun ketumbar (dihiris halus)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sos ikan (pilihan)
- Limau nipis (diperah)
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh kerang hingga bersih, kemudian rebus dalam air mendidih sehingga kulit kerang terbuka. Angkat dan tos.
2. Buang satu bahagian kulit kerang dan biarkan isi melekat pada sebelah kulit sahaja supaya lebih kemas dan mudah dimakan.
3. Tumbuk cili besar, cili kecil dan belacan hingga lumat. Ketepikan.
4. Bancuhkan air asam jawa, kemudian masukkan sambal belacan yang telah ditumbuk. Gaul sebati.
5. Masukkan bawang merah besar, tomato dan daun ketumbar ke dalam campuran air asam tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika suka, boleh tambah sedikit sos ikan untuk rasa lebih autentik ala Thai.
7. Perahkan limau nipis mengikut citarasa untuk rasa yang lebih segar dan wangi.
8. Masukkan kerang ke dalam sos asam, gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Tips supaya kerang rebus lebih sedap:
- Jangan rebus kerang terlalu lama, cukup hingga kulit terbuka sahaja supaya isi tidak mengecut.
- Jika suka pedas menyengat, boleh tambah cili padi atau hirisan bawang putih.
- Hidangkan pada suhu bilik atau sedikit sejuk untuk rasa lebih menyegarkan.
Kerang Rebus Ala Thai memang sesuai dijadikan menu santai hujung minggu atau hidangan ringan untuk keluarga. Ringkas, segar dan cukup membuka selera, sekali cuba pasti nak lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozana Hashim AsSalihin
Baca juga: Sambal Kerang Pedas Manis, Ramai Kata Sedap Makan Dengan Nasi Lemak!
The post Kerang Rebus Ala Thai Pedas Masam, Sekali Cuba Terus Tak Berhenti Makan Sebab Tak Cukup! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan