Gulai Kuning Ikan Haruan Tumis Wangi Ala Kampung, Kuah Pekat & Sedap Sampai Bertambah Nasi

Jika anda pencinta masakan kampung, gulai kuning ikan haruan ini mesti dicuba. Resipi tumis wangi ini menggunakan daun kaduk dan daun kesum untuk aroma unik, ditambah rempah dan santan pekat yang membuatkan kuahnya lemak dan kaya rasa.
Walaupun asalnya bukan peminat ikan haruan, sekali rasa, pasti teringat-ingat. Sesuai untuk hidangan keluarga atau makan tengah hari ala kampung.
Baca juga: 5 Petua Elak Santan Pecah Dalam Gulai Lemak, Ramai Terlepas Tips No. 3!
RESIPI GULAI KUNING IKAN HARUAN

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan haruan, dikerat
- Garam secukupnya (untuk perapan 40 minit)
Bahan-bahan kisar:
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih kecil
- 1 tangkai cili padi merah
- 1 inci lengkuas
- ½ sudu kecil ketumbar kisar
- ½ inci kunyit hidup
Bahan-bahan tumbuk:
- 1 sudu besar beras (direndam 30 minit, ditumbuk halus)
Bahan-bahan tambahan:
- 1 sudu kecil rempah ikan
- 3 sudu besar cili kering kisar
- Perasa
- Garam, gula, nisse, perisa secukup rasa
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan pelengkap:
- Daun kaduk dan daun kesum secukupnya
- Cili merah dan cili hijau lada solok
Cara-cara penyediaan:
1. Lumur ikan haruan dengan garam. Perap selama 40 minit supaya isi ikan lebih lemak dan kuah gulai lebih sedap.
2. Panaskan minyak, tumis bawang, cili, lengkuas, ketumbar dan kunyit hingga garing dan naik bau.
3. Tambah rempah ikan dan cili kering kisar. Tumis dengan api perlahan sambil kacau.
4. Masukkan semangkuk santan pekat dan semangkuk air. Sesuaikan jumlah air ikut kepekatan kuah yang diingini.
5. Beras yang ditumbuk membantu hilangkan bau hanyir ikan dan menambah lemak kuah seperti cara orang dulu-dulu.
6. Tambah garam, gula, nisse, perisa, pes asam jawa dan asam gelugur. Kacau rata.
7. Masukkan ikan satu persatu. Masak 12–15 minit dengan api sederhana ke kuat, sambil curah kuah ke atas ikan supaya masak sekata.
8. Masukkan daun kaduk, daun kesum, cili merah dan hijau. Masak 1 minit sahaja, kemudian tutup api.
Tips Penting
- Gunakan ikan haruan segar untuk rasa terbaik.
- Daun kaduk dan daun kesum memberi aroma wangi, jangan berkira banyaknya.
- Tumis bahan kisar dengan api perlahan untuk elak hangus.
- Kuah lebih lemak jika santan pekat + beras tumbuk dimasukkan.
Gulai kuning ikan haruan ini memang resipi kampung autentik yang mudah, wangi dan sedap. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Sekali cuba, pasti menambah nasi sampai bertambah-tambah!
Baca juga: Gulai Ayam Pekat Beraroma, INI Rahsia Pecah Minyak Buat Kuah Lebih Sedap!
The post Gulai Kuning Ikan Haruan Tumis Wangi Ala Kampung, Kuah Pekat & Sedap Sampai Bertambah Nasi appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan