Tip Masak Ikan Singgang Yang Padu, Lauk Simple Tapi Rasa Dia Memang ‘Berhantu’

Ikan singgang tongkol adalah hidangan tradisional yang mudah tetapi sangat sedap jika dibuat dengan cara yang betul. Rahsianya, rebus ikan bersama asam keping sehingga mendidih dan airnya sedikit surut sebelum menambah bahan-bahan lain. Teknik ini menjadikan kuah lebih wangi dan rasa ikan lebih mantap.
Hidangan ikan singgang ini sesuai untuk dimasak bila-bila masa, terutamanya apabila mahu lauk yang cepat tetapi tetap penuh rasa. Dengan bahan mudah, anda boleh menyediakan lauk yang memikat selera seisi keluarga.
Baca juga: Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung, Resipi Mudah Yang Takkan Mengecewakan
RESEPI IKAN SINGGANG SEDAP

Bahan-bahan:
- Ikan pilihan
- Asam keping
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Lengkuas
- Budu
- Jantung pisang (jika suka)
- Bendi
- Cili merah atau cili padi
Cara-cara:
- Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping sehingga mendidih dan airnya sedikit surut.
- Kisar atau tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas.
- Masukkan bahan kisar atau tumbuk tadi ke dalam periuk bersama ikan yang direbus.
- Tambahkan budu, bendi dan cili. Biarkan mendidih seketika supaya semua rasa sebati.
- Jika menggunakan jantung pisang, celur dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah.
- Kacau rata, perasakan secukupnya dan hidangkan panas.
Singgang ikan versi ini wangi, sedap dan sesuai untuk dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!
Sumber: Izzatul Effa Rusdi
Baca juga: Resepi Kari Ikan Kembung, Cara Pecah Minyak Ini Buat Kuah Lebih Cantik Dan Sedap!
The post Tip Masak Ikan Singgang Yang Padu, Lauk Simple Tapi Rasa Dia Memang ‘Berhantu’ appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan