Langkau ke kandungan utama

Resipi Udang Berlado Yang Memikat Selera, Masak Cara Ini Barulah Tak Kecut Dan Isi Lembut!

https://ift.tt/monXV1O

udang berlado

Jom cuba resipi udang berlado ini. Biasanya kita masak ayam atau ikan keli berlado, tapi kali ini tukar kepada udang. Rasanya memang lain daripada yang lain, dijamin memikat hati!

Pedas, wangi dan cukup rasa untuk makan dengan nasi panas-panas. Jom kita tengok resipi di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan dan cara buat udang berlado yang sedap ini.

Baca juga: Resipi Udang Nestum Yang Menjadi Kegemaran Ramai, Ratah Saja Pun Sedap!

RESEPI UDANG BERLADO

udang berlado

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 500g udang (dibersihkan)
  • 1 biji bawang merah tambahan (dihiris)

Cara memasak:

  1. Satukan cili padi, bawang merah besar, bawang putih dan sedikit air. Kisar sehingga halus. Jangan campur daun limau purut dalam blender.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Tumis bahan yang diblend hingga pecah minyak dan wangi.
  3. Masukkan daun limau purut dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
  4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Masukkan udang bersama bawang merah yang dihiris. Kacau perlahan-lahan.
  6. Masak sebentar saja, jangan terlalu lama supaya kulit udang tak kecut dan isi tetap lembut.
  7. Siap untuk dihidangkan. Tak perlu tambah air, kerana udang akan mengeluarkan jus sendiri.

Sumber: Azreen Ala Natasya

Baca juga: Resipi Udang Garlic Butter Yang Ringkas & Wangi, Confirm Makan Sambil Menjilat Jari

The post Resipi Udang Berlado Yang Memikat Selera, Masak Cara Ini Barulah Tak Kecut Dan Isi Lembut! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan