Langkau ke kandungan utama

Resipi Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri!

https://ift.tt/RMaJf8x

cara buat nasi arab

Kalau anda peminat masakan timur tengah, pasti nak belajar cara buat nasi arab yang mudah dan sedap kan?

Hidangan nasi Arab biasanya disajikan bersama pelbagai lauk sampingan seperti ayam panggang, salsa dan salad, mengikut selera masing-masing.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Adlin Elina ini menumpukan pada cara memasak nasi arab dan ayam sahaja. Walaupun ringkas, ia sudah cukup untuk dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Besar, Tak Cepat Basi, Gebu & Berderai Sebiji-Sebiji

CARA BUAT NASI ARAB YANG SEDAP DAN MUDAH

cara buat nasi arab

Bahan-bahan sup ayam:

  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 cawan air
  • 2–3 ketul ayam (whole leg)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 2 cawan air

Bahan-bahan nasi arab:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 cawan sup ayam dan 2 ketul ayam

Cara-cara buat sup ayam:

  1. Kisar halia, kunyit, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih dan jintan manis bersama
  2. 1/2 cawan air hingga halus.
  3. Masukkan ayam ke dalam periuk.
  4. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama 2 cawan air.
  5. Masak sup sehingga mendidih dan ayam empuk.

Cara-cara masak nasi arab:

  1. Rendam beras basmathi selama 30 minit, kemudian tos.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang menggunakan minyak sapi hingga wangi.
  3. Masukkan tumisan ke dalam periuk berisi beras.
  4. Tambahkan sup ayam dan ketul ayam ke dalam periuk, kemudian masak seperti biasa.
  5. Bila nasi sudah masak, boleh tambahkan pewarna dan bakar arang untuk aroma lebih wangi.
  6. Hidangkan nasi Arab bersama salsa, salad dan sup ayam.

Sumber: Nor Adlin Elina

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Kampung Sedap & Pedas Padu, Tiada Siapa Boleh Tolak Punya!

The post Resipi Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan