Resipi Sate Roti Sosej Untuk Kudapan, Goreng Panas-Panas Memang Laju Licin!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Sate roti sosej memang antara menu paling mudah dan cepat disediakan untuk bekal sekolah anak. Bahan pun ringkas, hanya guna roti, sosej dan telur sahaja. Paling penting, anak boleh makan tanpa comot dan kebersihan pun lebih terjaga.
Menu ini juga sesuai untuk jamuan kelas atau majlis kecil sebab senang nak agih, tak mudah bersepah dan boleh dibuat awal. Bila potong kecil-kecil, bentuknya pun nampak comel dan menarik perhatian kanak-kanak.
Selain itu, sate roti sosej ini juga boleh dibuat banyak sekaligus. Bau dia wangi sungguh semasa menggoreng, memang menggoda! Sesuai sangat sebagai kudapan waktu petang atau untuk dibekukan sebagai stok.
Baca juga: Resipi Telur Gulung Korea Yang Lembut Berlapis & Lagi Sedap Dari Telur Dadar, Anak Mesti Suka!
RESIPI SATE ROTI SOSEJ

Bahan-bahan:
- 3 batang sosej (untuk 1 set)
- Roti putih secukupnya
- 7 biji telur
- Garam atau perasa
- Tepung goreng segera (dibancuh pekat dengan air)
- Lidi sate secukupnya
Cara-cara:
- Rebus sosej hingga masak.
- Penyekkkan roti dan gulung bersama sosej.
- Cucuk lidi secara melintang di kiri dan kanan supaya roti tidak terbuka dan senang dipotong.
- Untuk 3 roti sosej, anda akan dapat 6 batang.
- Setelah siap dicucuk, potong kecil-kecil hingga menjadi bentuk sate.
- Pecahkan 3 biji telur ke dalam gelas panjang, tambah garam/perasa dan bancuhan tepung goreng segera yang pekat.
- Celup roti sosej ke dalam bancuhan dan terus goreng.
- Bila bancuhan telur tinggal separuh, tambah lagi telur. (Jumlah telur digunakan: 7 biji)
- Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga roti sosej bertukar warna keemasan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Selepas siap digoreng, sate roti sosej akan jadi lembut, wangi dan memang menggoda baunya.
Sumber: Cik Ijan
Baca juga: Sandwich Telur Mayo Paling Mudah, Anak Sampai Berebut Nak Makan!
The post Resipi Sate Roti Sosej Untuk Kudapan, Goreng Panas-Panas Memang Laju Licin! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan