https://ift.tt/0E8LAzb Kalau nak jimat tapi kat rumah cuma ada telur, jom cuba resipi sup telur dadar yang mudah, cepat dan menyelerakan ini. Hanya perlu beberapa bahan asas tapi sudah cukup untuk menghasilkan sup yang sedap. Tekstur telur yang lembut dalam kuah panas membuatkan setiap suapan terasa puas. Anda juga boleh tambahkan sayur-sayuran yang disukai untuk lebih berkhasiat. Dari kanak-kanak hingga orang dewasa pasti suka. Baca juga: Resipi Sambal Telur Berlado, Bukan Saja Sedap Tapi Lauk Jimat Tengah Bulan! CARA MASAK SUP TELUR DADAR Bahan-bahan: 2-3 biji telur 2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih Garam secukup rasa Serbuk perasa tambahan Sayur-sayuran (jika suka) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumbuk atau cincang bawang merah dan bawang putih hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali. Masukkan telur dan goreng sehingga masak sedikit, macam buat telur dadar tapi jangan terlalu garing. Masukkan air secukupnya ke dalam telur yang sudah...
Resipi Daging Air Asam Yang Lembut, Rasa Pedas Masam & Confirm Menggiurkan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/hWsXa3H

Jika anda peminat masakan pedas masam, resipi daging air asam adalah salah satu hidangan yang mesti dicuba.
Resipi ini memadukan daging yang lembut dengan rasa pedas cili padi dan masam segar air asam jawa, menjadikannya ia hidangan yang cukup sedap dan menyelerakan.
Anda boleh sesuaikan tahap kepedasan mengikut selera sendiri, sama ada mahu sedikit pedas atau pedas menyengat.
Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Simple & Sedap, Rupanya Kena Letak Bahan ‘Ini’ Baru Jadi Padu!
RESIPI DAGING AIR ASAM

Bahan-bahan:
- Daging (potong ikut suka)
- Air asam jawa
- Cili padi (kuantiti ikut tahap pedas)
- Belacan
- Bawang besar (dihiris)
- Tomato (dipotong dadu)
- Kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Rebus daging sehingga benar-benar lembut dan empuk. Setelah itu, hiris nipis atau ikut saiz yang anda suka.
- Kisar cili padi dan belacan bersama air asam jawa hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air supaya mudah digaul.
- Potong bawang besar, cili padi dan tomato.
- Gaulkan semua bahan iaitu daging, bahan kisar, bawang, cili, tomato dan kerisik.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian gaul lagi supaya rasa menyerap dengan sempurna.
- Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan nasi panas!
Sumber resipi dan gambar: Suhaida Shamsudin
Baca juga: Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Resipi Padu Ini Kena Dengan Selera Orang Kita!
The post Resipi Daging Air Asam Yang Lembut, Rasa Pedas Masam & Confirm Menggiurkan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Ulasan
Catat Ulasan