Langkau ke kandungan utama

Resepi Pencicah Thai Homemade, Confirm Sedap Untuk Ayam, Sotong Dan Kerabu!

https://ift.tt/Lj7ltXR

resepi pencicah thai

Jika anda sedang mencari cara buat sos yang sedap untuk dicicah dengan lauk, wajib cuba resepi pencicah Thai yang enak dinikmati bersama ayam bakar, ikan bakar dan banyak lagi.

Siti Zubaidah Ibrahim telah kongsikan resepi pencicah Thai di Facebook yang cepat, sedap dan pasti laku keras di meja makan. Silap-silap, makan pun sampai bertambah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sos Sukiya Homemade, Sedap Buat Untuk Pencicah Makanan Apa Saja!

RESEPI PENCICAH THAI

resepi pencicah thai

Kredit gambar: Facebook Savitri Lalla

Bahan-bahan:

  • 7 hingga 8 ulas bawang putih
  • Cili (bergantung pada kepedasan masing-masing)
  • Akar pakchi atau ketumbar
  • 6 hingga 7 biji limau nipis
  • 2½ sudu besar sos ikan

Cara-cara buat:

  1. Tumbuk atau kisar bawang putih, cili dan akar pakchi atau ketumbar sampai lumat.
  2. Selepas itu, perahkan limau nipis.
  3. Kemudian, masukkan sos ikan.
  4. Letak gula dan garam sedikit saja kerana sos ikan sudah masin serta berperasa.
  5. Potong daun ketumbar dan gaulkan.
  6. Jika pencicah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air suam.

Sos ringkas ini bukan saja mudah disediakan, malah mampu menaikkan selera dengan aroma limau yang segar serta kombinasi cili yang membuka selera.

Setelah siap buat pencicah ini, anda boleh terus masukkan ke dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan nanti, tinggal guna saja.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Savitri Lalla, Siti Zubaidah Ibrahim

Sumber: Siti Zubaidah Ibrahim

Baca juga: Sos Nampla Thai Untuk Buah Potong Rasa ‘Next Level’, Guna 5 Bahan Mudah Saja!

The post Resepi Pencicah Thai Homemade, Confirm Sedap Untuk Ayam, Sotong Dan Kerabu! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan