Resepi Garlic Bread Simple Dengan 5 Bahan Mudah, Sekali Makan Terus Ketagih!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Sarapan dan minum petang paling ringkas di rumah semestinya dengan resepi garlic bread simple, tak banyak bahan tapi hasilnya menyelerakan sampai satu rumah bau harum.
Resepi garlic bread simple ini dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook iaitu Siti Norizan dan ramai yang suka kerana cara membuatnya sangat ringkas. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Paling Mudah, Tak Sampai 10 Minit Sudah Siap!
RESEPI GARLIC BREAD SIMPLE

Bahan-bahan:
- Roti putih
- Marjerin atau butter
- 3 labu bawang putih (ditumbuk halus)
- Secubit garam (tak nak letak juga boleh)
- Daun parsley kering (nak guna campuran herba juga boleh)
Cara-cara buat:
- Kacau marjerin, bawang putih dan garam sampai sebati.
- Masukkan daun parsley atau campuran herba.
- Kacau sampai sebati lagi.
- Sapukan pada roti putih.
- Potong roti putih kepada tiga bahagian.
- Susun roti putih dalam dulang pembakar.
- Semburkan dengan sedikit air supaya roti tak kering sangat.
- Bakar selama 20 minit dengan suhu 170ÂșC.
- Bakar lagi selama 17 minit dengan api atas dan bawah.
- Guna api atas saja dalam 3 minit terakhir.
Jika ada banyak lebih roti di rumah yang hampir luput tapi tak tahu nak habiskannya macam mana, buatlah kudapan ini dan kami yakin anak-anak pasti menyukainya nanti.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Siti Norizan
Sumber: Siti Norizan
Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan
The post Resepi Garlic Bread Simple Dengan 5 Bahan Mudah, Sekali Makan Terus Ketagih! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan