Sup Ikan Merah Simple Resipi Ibu Mertua, Kuah Hijau Padu & Isi Lembut!
Masakan orang lama memang tiada tandingannya, sama seperti cara mereka masak Sup Ikan Merah simple. Walaupun bahannya tak banyak, tapi hasilnya cukup mengagumkan.
Dalam masakan Melayu, Sup Ikan Merah sangat popular kerana rasanya ringan tapi penuh dengan aroma rempah dan herba serta sesuai dimakan tak kira masa.
Seperti perkongsian Zara Jane Al Qadry di Facebook tentang resipi yang dibuat oleh ibu mertuanya. Warna kehijauan dan rasa pedasnya memang padu. Jom Kita cuba!
Baca juga: Petua Masak Gulai Ikan Supaya Isi Kekal Elok, Tak Hancur Walaupun Kuah Lama Mendidih!
RESIPI SUP IKAN MERAH SIMPLE
Bahan-bahan:
- Ikan merah (dibersihkan dan dipotong ikut saiz suka)
- 10 biji lada hijau
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 paket sup bunjut ikan
- Sedikit lada hitam dan lada putih
- Kiub ikan bilis (pilihan, tapi sedap)
- Daun sup dan bawang goreng untuk tabur
- 2 hingga 3 biji cili padi (jika nak lebih pedas)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar lada hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sampai halus.
2. Selepas itu, tumis bahan kisar sampai naik bau wangi.
3. Masukkan sup bunjut ikan, lada hitam dan lada putih, kemudian tambah air secukupnya.
4. Apabila mendidih, masukkan ikan merah dan kiub ikan bilis. Masak sampai ikan empuk dan kuah meresap rasa.
5. Akhir sekali, tabur daun sup, bawang goreng dan jika suka pedas, boleh tambah cili padi. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Zara Jane Al Qadry
Baca juga: Wanita Kongsi Petua Masak Sup Ikan Merah Guna Air Beras, Terus Hilang Hanyir!
The post Sup Ikan Merah Simple Resipi Ibu Mertua, Kuah Hijau Padu & Isi Lembut! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan